Lindsay Lohan Masih Lagi Ada Perasaan Dengan Lelaki

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

UMUM tahu selebriti bermasalah, Lindsay Lohan, lebih selesa jika teman kasihnya adalah seorang perempuan dan bukan menjadi satu rahsia lagi apabila aktres tersebut bercinta dengan seorang DJ wanita, Samantha Ranson.

Lindsay sudah menjalinkan hubungan cinta dengan Samntha selama beberapa tahun dan sayangnya, dek kerana kes kecurian dan dadah yang sering membuatkan aktres tersebut turun naik mahkamah membuatkan mereka telah berputus hubungan.

Difahamkan, Ranson kini sudah pun memiliki pasangan baru selepas meninggalkan Lindsay.

Ketika mewawancara aktres tersebut menerusi siaran radio Australia, The Kyle and Jackie o Show, bintang filem mean Girls itu telah ditanya tentang tarikan seksualnya.

Kyle bertanya adakah Lindsay menganggap dirinya sebagai seorang lesbian atau biseksual, atau mungkin lelaki di luar sana masih berpeluang memenangi cinta Lindsay, kata aktres itu ringkas: "Ya."

Ternyata jawapan tersebut mengejutkan semua dan sayangnya apabila Jackie sengaja mengusik Lindsay dengan mengatakan dia ingin keluar dengan aktres itu, Lindsay terus berseloroh,"Rasa agak aneh bila mendengar soalan itu."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan