Harun Salim Bachik Tidak Tergugat Dengan Pelawak Muda

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Harun Salim Bachik
Harun Salim Bachik

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik tidak berasa tergugat dengan kemunculan pelawak-pelawak muda kerana dia percaya setiap pelawak itu mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing.

Malah, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu tidak menganggap barisan pelawak muda hari ini sebagai satu cabaran atau halangan untuknya terus bergiat aktif dalam bidang seni.

"Kehadiran pelawak muda pada hari ini adalah satu perkembangan yang sihat dan baik untuk industri hiburan. Saya tidak anggap mereka adalah ancaman, cabaran atau halangan pada periuk nasi saya.

"Saya percaya setiap pelawak itu, tidak kira yang lama atau baru punya keistimewaan masing-masing," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Tambah Harun, kehadiran pelawak-pelawak muda bukan saja mewarnai dan memeriahkan industri, malah mereka adalah pemangkin semangat untuknya meningkatkan mutu lakonan dan komedinya.

"Sebenarnya, saya sangat menggalakkan kemunculan barisan pelawak pelapis ini. Kehadiran mereka dapat merancakkan lagi dan memberi lebih banyak pilihan pada dunia komedi tanah air.

"Mereka ini adalah pemangkin semangat dan motivasi saya untuk berusaha lebih gigih dan menampilkan mutu komedi yang lebih baik," jelasnya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Harun yang popular menerusi drama Rumah Kedai dan sitkom Gado-Gado pada satu ketika dulu akan kembali dengan sitkom muzikal terbaru iaitu S.Y.O.K bermula 27 Mei ini pukul 9 malam di TV1.

"Sudah lama tidak terbabit dengan sitkom sebenarnya. Saya terima tawaran ini kerana mahu mencabar diri untuk melakukan sitkom muzikal.

"Sitkom ini cukup istimewa kerana ia sesuatu yang baru dan berlainan. Saya akui bukan mudah sebenarnya untuk berlawak dan menyanyi pada masa yang sama tetapi ia menyeronokkan," katanya.

Selain sitkom tersebut, Harun juga sedang sibuk di lokasi penggambaran filem terbaru, Kil di bawah sebuah produksi baru.

Selepas itu, pelawak yang pernah popular dengan lagu Banjir ini akan membintangi filem muzikal berjudul Hoore Hoore arahan Saw Teong Hin pula.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan