Aaron Aziz Jadi Umpan Dalam 'Badai Semalam'

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon kacak berasal dari Singapura, Aaron Aziz dijadikan umpan untuk teater Badai Semalam yang akan dipentaskan pada 11 hingga 20 November depan di Istana Budaya ini dibawa ke Singapura.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, pihak Esplanade Singapura telah bertanyakan tentang teater tersebut untuk dipentaskan di sana.

"Ini kali pertama pihak Esplanade bertanya tentang teater untuk dipentaskan di negara itu. Jadi saya harap pemilihan Aaron sebagai pelakon utama dapat memancing khalayak di sana.

"Saya percaya dia mampu memegang watak Karim dengan baik kerana ini merupakan teater keduanya selepas Natrah lalu," katanya ketika ditemui pada sidang media Badai Semalam, di Istana Budaya, Khamis.

Majlis tersebut turut diserikan dengan barisan pelakon-pelakon Badai Semalam iaitu Erra Fazira, Umie Aida, Fizz Fairuz dan Ziela Jalil.

Sementara itu, Aaron berkata teater ini adalah cabaran paling besar buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.

"Secara jujurnya, saya sangat takut kerana ini kali pertama saya bawa watak utama dalam teater, ketika Natrah, saya hanya memegang watak kecil sahaja.

"Selain itu saya dapat rasakan tekanan apabila akan membawa dua nama negara iaitu Malaysia dan Singapura, sudah tentu jangkaan penonton lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Aaron menganggap dirinya belum bersedia untuk berhadapan cabaran sebagai pelakon teater itu kerana jadual kerja yang padat.

"Saya terlalu banyak komitmen terhadap drama dan telefilem, pada bulan November nanti pula saya ada penggambaran drama dengan TV3.

"Jadual memang padat, siang saya ke lokasi penggambaran manakala malam teater. Saya tidak dapat bayangkan keadaannya nanti," ujarnya.

Selain itu, dia mengakui banyak perkara yang bermain di fikirannya tentang teater itu.

"Saya sangat risau, sebab saya masih banyak kelemahan dalam lakonan jika dibandingkan dengan pelakon teater yang lain.

"Saya juga tidak pandai menyanyi dan menari seperti mana yang dimahukan pada setiap teater. Tapi Insya-Allah dengan kepercayaan yang diberi, saya akan cuba buat yang terbaik," katanya.

Badai Semalam karya Khadijah Hashim pernah menjadi buku teks pelajar aliran sastera di sekolah menengah bermula pada tahun 1968.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan