Bantahan Anuar Zain Diputuskan Isnin Depan

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bantahan yang dikemukakan oleh penyanyi popular, Anuar Zain (gambar) terhadap bekas syarikat rakamannya, Synchrosound Records Label Music Sdn Bhd (Synchrosound) berhubung isu penolakan kos dalam kes tafsiran royalti akan diputuskan Isnin depan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini, Nurul Nazdia Abdul Aziz selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pada Khamis.

Pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar itu, penyanyi lagu Sedetik Lebih tersebut diwakili oleh peguam Aizul Rohan Anuar manakala peguam Max Yong mewakili Synchrosound.

Ketika ditemui, Aizul Rohan memberitahu, pihaknya membantah isu penolakan kos seperti kos produksi untuk menerbitkan album kerana perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan pada prosiding terdahulu.

Tambah beliau, isu berkenaan juga tidak terkandung di dalam kontrak perjanjian antara Anuar dan Synchrosound mahupun dinyatakan pada dokumen pembelaan syarikat berkenaan.

"Kami juga berpendapat isu penolakan kos sudah diambil kira terlebih dahulu oleh syarikat rakaman sebelum menentukan royalti yang patut diterima oleh seseorang artis," katanya.

Aizul Rohan juga memberitahu, sekiranya bantahan tersebut diterima oleh mahkamah, kes tersebut berkemungkinan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Saya tidak dimaklumkan mengenai saksi lain yang mahu dikemukakan oleh Synchrosound. Jika tiada isu penolakan, kes akan ditutup.

"Bagaimanapun, jika mahkamah menolak bantahan kami, penolakan kos akan dibicarakan dan Synchrosound akan memanggil akauntan syarikat sebagai saksi," katanya.

Anuar hadir di mahkamah pada hari ini bersama pengurusnya, Rohila Tahir.

Prosiding tafsiran ganti rugi royalti tertunggak diadakan selepas Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 41, berjaya dalam kes tuntutan saman balas bagi menuntut bayaran royalti daripada Synchrosound.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Dr Prasad Sandosham Abraham pada 14 Mei 2010 yang turut memerintahkan Synchrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada Anuar.

Penyanyi itu memfailkan tuntutan balas dan pembelaan pada 20 Jun 2006 setelah beliau di saman oleh Synchrosound pada 21 April tahun yang sama.

Synchrosound dalam samannya, mendakwa penyanyi itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, pada 27 Disember 2007, Penolong Kanan Pendaftar, Siti Aishah Ab. Rashid telah membatalkan tuntutan Synchrosound tersebut.

Dalam tuntutan balasnya, Anuar mendakwa, beliau dan Synchrosound seharusnya merakam dan mengeluarkan sebuah album sahaja tetapi syarikat itu telah melibatkannya dalam lebih daripada dua buah album.

Bagaimanapun, dakwanya, syarikat itu tidak pernah memberikan sebarang butiran atau penyata mengenai penjualan album-album tersebut seperti yang dikehendaki dalam perjanjian.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan