Zizan Nin Jadi Jurujual Buat Peminat

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan sibuk melayan peminat-peminatnya sambil menunjukkan kasut-kasut keluaran Lewre. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN
Zizan sibuk melayan peminat-peminatnya sambil menunjukkan kasut-kasut keluaran Lewre. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Demi peminat, pelakon Zizan Nin telah meluangkan masa selama dua jam bersama seramai 40 orang peminat bersempena dengan majlis Up Close And Personal With Zizan Nin di butik Lewre di Mid Valley, di sini, Sabtu.

Pada majlis tersebut, Zizan turut menjadi 'jurujual sementara' melayan peminat-peminatnya yang ingin mencuba dan membeli kasut di butik tersebut.

Menurut Zizan yang pertama kali meraikan peminat-peminatnya secara peribadi, majlis tersebut bersempena dengan hari lahirnya yang jatuh pada 17 Mei depan.

"Ini merupakan pertama kali saya meluangkan masa bersama peminat. Sebanrnya saya tak nak terlalu fokus tentang hari jadi saya.

"Nanti, tak fasal-fasal peminat pening hadiah apa yang perlu mereka belikan kepada saya.

"Justeru itu, saya membuat konsep, peminat-peminat diberikan layanan istimewa dan menerima beberapa hadiah khas daripada saya," katanya.

Tambah Zizan, tujuannya menghadkan jumlah kehadiran peminat ialah kerana inginkan suasana yang lebih personal agar dapat mengenali setiap mereka dengan lebih dekat.

"Sepanjang lapan tahun saya berada dalam industri hiburan, saya akui, antara saya dan peminat-peminat, memiliki satu jurang yang agak jauh.

"Bila buat majlis seperti ini, saya terkejut ada di kalangan mereka tahu serba serbi tentang diri saya dan ini membuatkan saya terharu dan ingin meneruskan acara sebegini di masa akan datang nanti," katanya yang bakal muncul di kaca televisyen menerusi drama Panggilan Arwah menerusi saluran Astro Citra pada 29 Mei depan.

Pada majlis tersebut, peminat-peminat Zizan diberikan kad ahli Lewre Concept secara percuma.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan termasuklah acara cabutan bertuah, kuiz soal jawab dan Model Search Catwalk dimana peminat yang membeli barangan Lewre memperagakan barangan tersebut dan dinilai sekali gus dapat membawa pulang hadiah daripada Pensonic, Estee Lauder, Aramis Designer & Fragrances, Dermalookz, Secret Garden, A Cut Above dan celeb Nexus premium Community.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan