Katy Perry Tidak Sedar Penampilan Seksi

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katy Perry
Katy Perry

PENAMPILAN Katy Perry dalam siri kanak-kanak popular, Sesame Street menimbulkan kontroversi kerana pakaian yang dikenakan dianggap tidak sopan untuk tontonan golongan kanak-kanak.

Bagaimanapun Katy, 25, tidak menyedari tindakannya yang mengenakan pakaian yang ketat dan menampakkan belahan dadanya itu akan menimbulkan kontroversi.

Isteri kepada aktor Russell Brand ini kesal dengan kontroversi itu dan menyatakan bahawa dia tidak keberatan untuk menukar pakaian yang lebih sesuai jika diberitahu lebih awal mengenai perkara itu.

"Mereka (krew) tidak menegur mengenai pakaian yang saya pakai walaupun saya mempunyai 15 pasang pakaian untuk dipilih dalam program itu," katanya.

Pada rakaman itu Katy mendendangkan lagu popularnya, Hot n Cold bersama Elmo.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan