'Muzik Rock Tidak Akan Lenyap' - Mike (Incubus)

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Incubus yang dianggotai (dari kiri) DJ Chris Kilmore (turntable), Mike Einziger (gitar), Brandon Boyd (vokal), Jose Pasillas (dram) dan Ben Kenney (bass) akan kembali ke Kuala Lumpur untuk konsert mereka pada 23 Julai depan di Stadium Negara.
Kumpulan Incubus yang dianggotai (dari kiri) DJ Chris Kilmore (turntable), Mike Einziger (gitar), Brandon Boyd (vokal), Jose Pasillas (dram) dan Ben Kenney (bass) akan kembali ke Kuala Lumpur untuk konsert mereka pada 23 Julai depan di Stadium Negara.

KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun menyepi, kumpulan rock dari Amerika Syarikat (AS), Incubus yang akan memasarkan album ketujuh bertajuk If Not Now, When? pada 12 Julai depan yakin genre rock masih relevan dengan perkembangan muzik semasa.

Kata pemain gitarnya, Mike Einziger, muzik rock akan terus 'hidup' dan relevan dalam hati peminat muzik terutamanya di kalangan orang muda.

"Rock akan terus relevan kerana ia adalah medium untuk membebaskan tenaga dan meluahkan tekanan dan emosi. Ia adalah simbol kebebasan.

"Walaupun apa juga genre muzik lain muncul, rock tidak akan lenyap kerana ia memainkan peranan yang penting pada pencinta muzik," katanya dalam satu sidang media khas secara langsung dari AS, Khamis.

Bersempena dengan kemunculan album terbaru itu, Incubus bakal berkunjung ke Kuala Lumpur untuk kali ketiga dalam konsert Incubus Live in Kuala Lumpur 2011 pada 23 Julai depan di Stadium Negara.

Bercerita tentang konsert itu, Mike menjanjikan sebuah persembahan yang cukup istimewa dan meriah untuk peminat di Malaysia.

"Kami begitu teruja untuk beraksi di depan peminat di Malaysia dan menghiburkan mereka dengan lagu-lagu baru dan lama kami.

"Ia akan menjadi sebuah persembahan berbeza dan istimewa yang pasti menggegarkan peminat," katanya yang pernah berkunjung ke Malaysia bersama kumpulannya pada 2004 dan 2008.

Tiket-tiket konsert yang berharga RM203 (bukan pelanggan Tune Talk) dan RM183 (pelanggan Tune Talk) akan mula dijual pada 23 Mei ini menerusi www.airasiaredtix.com atau kaunter AirAsiaRedTix.

Untuk perkembangan terkini, layari laman web www.tunetalk.com dan ikuti laman peminat Tune Talk di Facebook.

Konsert tersebut dianjurkan oleh Pineapple Concerts dengan kerjasama Tune Talk Mobile Prepaid.

Sejak ditubuhkan pada 1991, kumpulan yang dianggotai oleh Brandon Boyd (vokal), Mike Einziger (gitar), Jose Pasillas (dram), Ben Kenney (bass) dan Chris Kilmore (turntable/keyboard) itu sudah menjual lebih 13 juta unit album di seluruh dunia.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan