Penelope Cruz Lebih Matang Sejak Bergelar Ibu

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES jelita, Penelope Cruz mengakui sejak dia melahirkan anak pertama, Leo pada Januari 2011, perwatakan dirinya telah berubah secara mendadak.

Bintang Vicky Cristina Barcelona itu berkata kelahiran Leo membuatkan dirinya berasa lebih indah dari biasa dan matang berbanding sebelum ini.

"Sebenarnya sukar untuk saya menggambarkan perasaan dan situasi yang saya lalui ketika ini. Ia terasa begitu indah dan sukar untuk menerangkan dengan kata-kata.

"Mungkin itulah rasanya apabila memiliki naluri seorang ibu. Ia telah banyak mengubah saya menjadi seorang yang matang dan lemah lembut. Inilah perkara yang paling nikmat saya pernah rasai," katanya kepada Daily Mirror.

Tambah Cruz, sejak kelahiran Leo, dia mula memperlahankan karier lakonan agar dapat memberi tumpuan penuh terhadap keluarganya.

"Kini saya sudah tidak lagi bekerja keras seperti dulu. Dengan apa yang saya peroleh sekarang, ia sudah mencukupi," tuturnya.

Cruz telah mendirikan rumah tangga dengan aktor Javier Bardem pada tahun 2010

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan