Maulana Idam Duet Dengan Sheila Majid & Tompi

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maulana
Maulana

SHAH ALAM: Selepas berjaya merealisasikan impian untuk berduet dengan ibunya, S. Mariam, penyanyi pop yeh yeh 60-an, Maulana Mohamed, 23, mengidam untuk menyanyi dengan Datuk Sheila Majid dan Tompi.

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu telah menjayakan persembahan sempena hari ibu 'Ratu Hatiku' di Pusat Konvensyen di sini, Ahad lalu.

Maulana menyanyikan hampir 20 buah lagu seperti lagu RSVP, Muzika Melodi Cinta, Mencintaimu nyanyian Kris Dayanti, Ibu dan Madu Tiga dari P.Ramlee, Dia dan Sinaran (Sheila Majid) serta Just The Way You Are (Bruno Mars).

Dia juga mendendangkan dua lagu duet dengan ibunya iaitu Hasrat Hati dan Tak Ingin Sendiri.

"Saya rasa gembira dan bersyukur kerana apa yang saya hajati sejak sekian lama tercapai jua akhirnya.

"Saya juga rasa sangat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan semua pihak penaja.

"Saya berharap dapat melakukan sebuah lagi showcase yang lebih besar. Insya-Allah," ujar Maulana.

Selain itu, dia turut mengundang dua teman baiknya menyanyi bersama-sama dalam showcase tersebut iaitu Aril AF7 dan Haziq AF4.

Aril berduet dengan Maulana menerusi lagu Just The Way You Are dan menyanyikan secara acapella lagu ciptaan mereka berdua termasuk Hafiz dan Akim berjudul Warkah Buat Ibu manakala Haziq mendendangkan lagu InsyaAllah bersama-sama Maulana sebelum showcase berakhir.

Lebih 100 tetamu yang hadir terdiri daripada ibu tunggal, ibu dan bapa, remaja serta kanak-kanak.

Persembahan yang dihoskan oleh Azrul (Raja Lawak) itu turut dijayakan dengan iringan muzik 'live band' menggunakan tujuh jenis alat muzik termasuk saksofon dan trumpet yang dimainkan oleh pihak Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan