Lelaki Dalam Hidup Deborah Henry

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNIA fesyen, peragaan dan seni sudah sebati dalam diri model terkemuka antarabangsa berdarah kacukan Irish-India ini. Siapa tidak kenal nama jelitawan Deborah Priya Henry, 26, (Deborah Henry) ini.

Deborah sering terlibat di pentas peragaan antarabangsa seperti Dior, Gucci dan Zang Toi. Pada usia 18 tahun, dia melakar karier peragaannya di England selama setahun dan kemudiannya di Australia. Dia juga membuat penampilan dalam iklan Perodua, Coke, Celcom dan kini bersama Habib Jewels.

Dari sisi lain, Deborah juga mempunyai minat terhadap kanak-kanak dan menubuhkan sebuah pusat pendidikan untuk menempatkan kanak-kanak pelarian di negara ini bersama-sama kawan baik yang pernah belajar di universiti yang sama dengannya.

Bekas graduan jurusan ekonomi dan sains politik dari University of Queensland, Brisbane, Australia ini juga tidak ketinggalan untuk meneruskan cita-cita tingginya merebut gelaran Miss Universe 2011 yang akan berlangsung di Sao Paolo, Brazil menjelang September depan.

Ambil hati

Cuba mendalami karakter Deborah yang berkeyakinan tinggi dan bijak berkata-kata seperti melontar hujah, OopStarz! mengorek pandangannya tentang lelaki dari mata kasar seorang model.

Dalam banyak kriteria, Deborah berpendapat, lelaki yang berkarakter dan sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diingini lebih mudah untuk mendampingi wanita zaman kini.

“Pada saya, rupa paras lelaki jatuh pada nombor dua dan yang penting lelaki itu perlu pandai membawa diri, berkarakter, pandai melayan orang lain dan bijak berkomunikasi.

“Semua yang saya sebutkan tadi juga perlu selari dengan pemikiran global dan terbuka tidak kira seseorang itu berasal dari Malaysia, Australia atau mana-mana negara sekalipun. Dari situ, dia akan belajar untuk menghargai orang lain.

“Selain itu, lelaki yang bertanggungjawab juga lebih mudah menerima balasan yang baik dalam kehidupan,” ujarnya dalam slanga Inggeris yang pekat.

Kata Deborah masalah yang sering melibatkan wanita dan lelaki adalah salah faham sehingga menimbulkan pergaduhan besar. Ada juga lelaki yang mementingkan diri-sendiri dan mengetepikan wanita sehingga meletakkan wanita pada nombor dua di hatinya.

Hakikatnya, seseorang wanita memerlukan seorang lelaki yang mengambil berat dengan cara yang mendalam sehingga wanita dapat menyelami perasaan kasih sayang itu.

“Jadi, lelaki perlu pandai mengambil hati wanita dan menghargai setiap perkara yang dilakukan oleh wanita dalam beberapa perkara,” katanya.

Bagaimanapun, apabila menyelit tentang statusnya yang masih bujang itu, Deborah enggan meneruskan cerita tentang percintaannya kerana menganggap perkara tersebut lebih menyentuh soal peribadi.

Suka cabar diri

Berketinggian 177 sentimeter dan berat badan 54 kilogram, Deborah kini bukan sahaja menceburi bidang peragaan, malah dia juga mendalami bidang pengacaraan dan lakonan.

Wanita ini sedang mengendalikan program bual bicara berjudul Bella di ntv7 selama tiga kali seminggu pada setiap Selasa, Jumaat dan Ahad pukul 11.30 pagi.

Program tersebut turut dikendalikan oleh Daphne Iking dan Elaine Daly bermula Isnin hingga Jumaat pada waktu yang sama.

“Saya seronok mengendalikan program siaran langsung seperti Bella bersama-sama Daphne dan Elaine dalam membicarakan tentang pelbagai topik dan isu menarik melibatkan lelaki dan wanita.

“Biarpun ini merupakan kali pertama saya bergelar pengacara, tetapi saya selesa mengacarakan program ini kerana ia bersifat santai dan tidak terlalu berpandukan skrip,” katanya.

Selain menjadi hos program televisyen dan mengacara majlis, dia juga pernah muncul dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa sebagai watak sampingan bernama Yesoddhra.

Dia mula menceburi bidang peragaan sejak usia 15 tahun dan pernah dipilih sebagai Miss World Malaysia pada 2007 ketika berusia 21 tahun. Seterusnya menempa gelaran Miss Universe Malaysia pada tahun ini.

Meneruskan kerjayanya itu, Deborah akan bertolak ke Brazil pada Ogos depan untuk menghabiskan masa selama sebulan untuk bersaing dengan lebih 80 peserta pertandingan Miss Universe yang akan mewakili negara masing-masing.

Foto RAYMOND OOI Lokasi STRIP Ministry of Waxing, Lot 10, Bukit Bintang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan