Kompilasi Hebat Sempena Hari Ibu

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Artis: Variasi Artis Album: The World’s Greatest Ballad Edaran: Sony Music Malaysia

Album: The World’s Greatest Ballad

SEJAK dahulu lagi, muzik genre balada sering menjadi pilihan walaupun terdapat pelbagai jenis muzik lain di luar sana.

Tambah pula, lagu-lagu yang berkonsep seperti ini pasti akan menjadi popular apabila ia dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi popular.

Justeru itu, buat peminat-peminat muzik yang ‘gila’ muzik balada, Sony Music telah mengeluarkan sebuah album kompilasi berjudul The World’s Greatest Ballad.

Menariknya, ia menggabungkan lagu-lagu balada popular klasik serta moden dan semestinya ia boleh dijadikan sebuah koleksi khas untuk memudahkan pendengar mendengar semula lagu-lagu popular tersebut.

Antara lagu-lagu penyanyi yang berada dalam album ini ialah Alicia Keys (Empire State Of Mind Part II), Christina Aguilera (Beautiful), Beyonce (If I Were A Boy), Leona Lewis (Bleeding Love), Will Young (Leave Right Now), Westlife (Flying Without Wings), Kelly Clarkson (Because Of You), Maroon 5 (She Will Be Loved) dan The Script (The Man Who Can’t Be Moved).

Selain itu, lagu-lagu daripada penyanyi legenda seperti Al Green, Gloria Estefan, Annie Lennox, Micheal Jackson, Celine Dion, Whitney Houston, Sade, Luther Vandross dan Seal turut dimuatkan dalam album berkenaan.

Album The World’s Greatest Ballad mengandungi tiga keping cakera padat (CD) dengan menampilkan sebanyak 52 trek lagu yang pastinya memberi kepuasan kepada penggemar muzik balada.

Dapatkan CD percuma

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu pada bulan Mei ini, pembaca OopStarz! berpeluang mendapat CD berkenaan secara percuma.

Caranya mudah, buat pembaca yang ingin memiliki album ini, anda boleh menghubungi pihak Sony Music di talian 03-6207-9898 sambungan 230/224 bermula pukul 5 petang hari ini(Isnin) dengan menjawab dua soalan mudah.

Seramai 10 pemanggil pertama yang menjawab soalan dengan tepat akan menerima sebuah album The World’s Greatest Ballad. Talian hanya dibuka selama setengah jam. Jawapan bagi soalan yang diberi terdapat dalam artikel ini.

Soalan-soalannya ialah:

1. Terdapat berapa buah lagu balada di dalam album ini?

2. Sebutkan salah satu daripada lagu-lagunya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan