Zulfazli Hasilkan Buku Hias Sanggul Melibatkan 30 Artis - Berita Hiburan | mStar

Zulfazli Hasilkan Buku Hias Sanggul Melibatkan 30 Artis

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurusolek terkenal, Zulfazli Suhadi menghasilkan karya terbaru iaitu buku yang mengetengahkan teknik belajar membuat sanggul melibatkan lebih 30 selebriti popular.

Buku setebal 160 muka itu diterbitkan pada April lalu itu antara lain turut menampilkan Nurul Syuhada, Zarina, Marsha dan Haiza sebagai individu yang dihias sanggul mengikut konsep yang diperkenalkan.

Zulfazli berkata, buku tersebut mengajar orang ramai untuk mempelajari teknik mendandan sanggul remaja, perkahwinan, cara menghias sanggul pengantin moden dan tradisional.

“Selain teknik itu, cara merawat rambut kusut serta rambut yang diwarnakan juga turut ditulis dalam buku berkenaan,” katanya.

Ujar Zulfazli, lebih menarik lagi apabila lebih 30 selebriti termasuk artis popular sanggup untuk bekerjasama menggayakan aneka jenis sanggul dan sekali gus dapat memperlihatkan wajah mereka yang berbeza.

Tambahnya, kejayaan menghasilkan buku teknik solekan, Cantik pada tahun lalu membuatkan dia mengambil keputusan menghasilkan karya terbaru berkenaan.

Buku yang dijual dengan harga RM21 itu boleh didapati di semua kedai buku terpilih seluruh negara selain dapat dibeli menerusi laman Facebook miliknya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan