Rozita Che Wan Buka Butik 'My Couture'

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rozita Che Wan
Rozita Che Wan

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan membuktikan cita-citanya untuk terlibat dalam bidang perniagaan pada tahun ini dengan memperkenalkan pakaian berjenama My Couture.

Menurut Rozita, perniagaan berkenaan dijalankan bersama rakan kongsinya, Hanim Sahrom selaku pengarah kreatif My Couture Sdn Bhd yang bertempat di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

Rozita yang ditemui di majlis pelancaran butik tersebut berkata impian untuk membuka butik pakaian wanita telah lama difikirkan dengan dua orang adik perempuannya iaitu Rubytah dan Jaja.

Bagaimanapun, impian itu baru boleh direalisasikan sekarang memandangkan kedua-dua adiknya itu sibuk dengan rumah tangga masing-masing.

"Saya berkongsi dengan Kak Hanim setelah menerima pelawaan daripadanya pada tahun lepas memandangkan dia merupakan salah seorang penasihat Avon.

"Alhamdulillah, perniagaan ini sudah mempunyai pelanggan tetap kerana selain menjual pakaian itu secara dalam talian, kami juga membekal pakaian berkenaan di beberapa butik tempatan selain menerima tempahan dari Singapura, Dubai dan United Kingdom,” katanya.

Butik My Couture menyediakan pakaian wanita sopan dengan fesyen moden kontemporari.

Jelas Rozita, setiap pakaian yang dijual mempunyai rekaan yang berbeza. Menariknya, Rozita turut bertindak sebagai pereka fesyen baju kurung mini.

"Saya dan Kak Hanim saling bertukar idea tentang rekaan pakaian di butik ini. Tetapi dia lebih fokuskan kepada rekaan pakaian batik dan jubah," ujarnya tentang My Couture yang turut menampilkan pakaian berkonsep kasual dan blaus.

Menyentuh tentang harga, Rozita memberi jaminan harga setiap pakaian yang dijual lebih murah berbanding harga di pasaran dalam anggaran antara RM1,000 ke bawah.

Orang ramai boleh juga melawati laman web www.mycouture.com.my untuk melihat pakaian yang dihasilkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan