Pelakon Mokhtaruddin Didakwa Mencabul

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah Mokhtaruddin selepas bersara sebagai pelakon. Gambar petikan Kosmo!.
Wajah Mokhtaruddin selepas bersara sebagai pelakon. Gambar petikan Kosmo!.

SELAYANG: Seorang pelakon era 70-an dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas tuduhan mencabul seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah perlindungan yang diasaskannya.

Mokhtaruddin Mohd Said, 56, yang merupakan pengasas Pusat Pemulihan Akhlak Remaja Bermasalah di Batu 11, Gombak, dekat sini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Dia yang pernah berlakon dalam beberapa filem seperti Langit Tidak Selalunya Cerah (1981) dan Cikgu Sayang (1983) didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.30 petang, 1 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan cara mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa yang difahamkan menginap di situ tanpa kerelaannya.

Mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Najid Ismail membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 17 Jun depan.

Anak tertuduh, Datuk Mohd Bismi Adira yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Raudah Enterprise membayar jaminan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan