Pemenang ABPBH 2010 Terima Hadiah

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pemenang ABPBH 2010. Foto SAM THAM
Barisan pemenang ABPBH 2010. Foto SAM THAM

SUBANG JAYA: Selepas sebulan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) berlangsung, para selebriti yang memenangi anugerah berkenan diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah di Holiday Villa, Hotel & Suite, di sini, Rabu.

Pada majlis tersebut, pelakon Shaheizy Sam yang memenangi anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010 menerima sebuah kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM140,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Dia turut mendapat barangan kemas Rafflesia Mandalay (edisi terhad), baucer EuroModa Gulatis (RM5,000) dan produk Chantek oleh OK Group yang bernilai RM1,000.

Pemenang bagi 16 kategori yang dipertandingkan turut memenangi pelbagai hadiah menarik tajaan Rafflesia bernilai RM10,000, baucer EuroModa Gulatis (RM5,000), produk Chantek (RM500) dan wang tunai yang tidak dimaklumkan jumlahnya.

Pelakon veteran, Datin Rosnani Jamil yang mendapat Anugerah Sepanjang Hayat pula menerima sumbangan barangan kemas Rafflesia bernilai RM10,000, baucar Euromoda Gulatis (RM1,000), hamper SimplySiti (RM1,000) dan sejumlah wang tunai.

Sementara itu seorang pembaca, Rosli Rahmat,34, menjadi individu bertuah apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Grand Livina 1.6A bernilai RM86,000 sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Manakala seramai 78 orang pembaca bertuah pula memenangi pelbagai hadiah menarik tajaan Rafflesia dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM115,000, sebuah vespa oleh Naza Premira bernilai RM11,000 sumbangan Naza Bikes Sdn Bhd, pakej percutian ke Beijing sumbangan POTO Travel & Tours, Blackberry Bold, baucer EuroModa Gulatis serta barangan hamper SimplySiti.

Dalam pada itu, dua orang pemenang Peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) yang diperkenalkan sempena anugerah tersebut turut menerima hadiah-hadiah masing-masing berupa barangan kemas Rafflesia bernilai RM5,000, pakej melancong bersama artis ke Indonesia sumbangan POTO Travel & Tours, baucer EuroModa Gulatis dan hamper SimplySiti.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan