Mariah Carey & Nick Cannon Ulangi 'Janji Nikah'

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI popular, Mariah Carey mengulangi janji nikah yang pernah diungkapkan dahulu pada hari ulang tahun pernikahan mereka yang ketiga.

Ketika itu juga, pasangan selebriti tersebut baru sahaja menerima hadiah istimewa iaitu dikurniakan pasangan kembar lelaki dan perempuan.

Menurut Mariah, mereka seperti menikah sekali lagi kerana terlalu bersyukur dengan kebahagiaan yang sedang di kecapi sekarang.

Melalui akaun Twitternya, suami penyanyi itu, Nick Cannon menulis, "kami baru sahaja menikah sekali lagi di hospital."

Sementara itu, Rev. Al Sharpton yang menjalankan upacara janji nikah tersebut memberitahu keadaan Mariah sihat di samping kedua-dua cahaya mata mereka.

"Aku bangga dan tersentuh dengan komitmen pasangan ini. Mereka tidak membiarkan kejayaan memisahkan mereka daripada Tuhan," katanya seperti dipetik SplashNews.

Menurut jurucakap Mariah, penyanyi seksi itu melahirkan sepasang bayi kembar pada Ahad lalu. Bayi perempuan memiliki berat 2.35 kilogram manakala bayi lelakinya seberat 2.43 kilogram.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan