Harvey Malaihollo & Dayang Nurfaizah Rakam 'Gerimis Mengudang'

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Harvey Malaihollo dan Dayang Nurfaizah. Foto NORAFIFI EHSAN
Harvey Malaihollo dan Dayang Nurfaizah. Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, dua penyanyi hebat, Harvey Malaihollo dan Dayang Nurfaizah digandingkan dengan kemunculan single terbaru, Gerimis Mengundang, yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Slam pada tahun 1990-an.

Di bawah terbitan Erama Records, lagu asal yang berkonsepkan pop rock itu telah disusun semula kepada muzik berentak R&B dan Jazz.

Menurut penerbitnya, Datuk Md Afendi, memandangkan Gerimis Mengundang juga pernah popular di Indonesia suatu ketika dahulu, gandingan mantap daripada dua penyanyi negara serumpun itu pasti membuatkan ramai pendengar menyukai lagu tersebut.

"Saya percaya, Gerimis Mengundang dapat menembusi pasaran Indonesia lebih-lebih lagi ia dinyanyikan penyanyi hebat Harvey dan Dayang. Apatah lagi susunan muzik telah dibuat penyusun muzik popular Indonesia iaitu Andi Rianto.

"Manalah tahu, nyanyian Harvey dan Dayang mampu menjadi lagu duet popular seperti Begitulah Cinta yang pernah dipopularkan oleh Harvey dan Sheila Majid dahulu," katanya pada sidang akhbar Pelancaran Lagu Gerimis Mengundang di Hotel Legend, di sini, Selasa.

Tambah Afendy, pihak Erama juga bakal menerbitkan sebuah filem berkaitan lagu tersebut dengan kerjasama Excellent Pictures.

Dalam pada itu, kata Harvey, bekerjasama dengan Dayang serta memiliki susunan muzik yang menarik membuatkan Gerimis Mengundang menjadi seperti sebuah lagu baru.

"Perlu diingat, kita mesti hormati setiap karya lagu yang ingin disusun semula agar melodi asalnya tidak lari.

"Begitu juga dengan lagu ini, kami dapat memberi nafas baru dalam karya tersebut. Tambah pula, Dayang dan saya begitu serasi ketika merakamkannya," tutur Harvey.

Dayang pula berharap agar lagu yang diciptakan oleh Saari Amri itu mendapat sambutan daripada para peminatnya serta pendengar muzik di Indonesia.

Selepas majlis pelancaran tersebut, Harvey menerima kejutan apabila pihak Erama Records muncul dengan sebiji kek bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke 49 tahun.

Sementara itu, Harvey dan Dayang juga bakal mengadakan persembahan bersempena dengan sambutan Hari Ibu di Hotel Legend pada 25 Mei 2011 dan Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Mei 2011.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan tiket menyaksikan acara itu bolehlah layari laman web www.erama.tv.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan