Mentor 5: Ayish Tersingkir, Ratnah dan Shiha Ke Peringkat Separuh Akhir

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhammad Faris Mohamed Razali
Muhammad Faris Mohamed Razali

SHAH ALAM: Protege Ayish atau nama sebenarnya Muhammad Faris Mohamed Razali, 21, tersingkir pada konsert Mentor musim kelima, yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Ayish yang dididik di bawah mentornya Noh Hujan itu terpaksa akur apabila dia gagal mengumpul markahnya sepanjang empat minggu konsert diadakan dan hanya mampu memperoleh markah keseluruhan sebanyak 208 sekaligus membuatkan dia gagal mara ke peringkat separuh akhir.

Peserta dari Shah Alam itu menjadi peserta pertama dalam kumpulan A, tewas kepada protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Mohd Zikir, 24, yang memperoleh markah keseluruhan sebanyak 252 dan protege Afdlin Shauki, Ratnah Awal, 26, pula mendapat markah sebanyak 215.

Menurut Ayish, dia mengakui persembahannya pada minggu-minggu sebelum ini terlalu banyak kekurangan sehingga mengganggu pemarkahan yang diterima.

"Saya telah cuba melakukan yang terbaik pada persembahan malam tadi dan akur dengan keputusan yang diterima.

"Bagaimanapun, perjalanan muzik saya tidak akan terhenti begitu sahaja, katanya yang membawakan lagu daripada Nidji, Laskar Pelangi dan Nakal daripada kumpulan Gigi.

Dalam pada itu, Datuk Ramli MS, selaku juri tetap memuji Ayish yang mempunyai banyak peningkatan dalam persembahannya dan meminta Ayish mengambil kelas vokal jika ingin menjadi seorang penyanyi profesional.

Sementara itu, Noh pula berkata, dia sentiasa menerima Ayish dengan tangan terbuka jika protegenya itu ingin meminta bantuan untuk meneruskan karier dalam bidang nyanyian.

"Saya tak kisah kalau dia (Ayish) mahu mendapat bantuan kami, tapi terpulanglah pada dia.

"Cuma, saya bangga dengannya kerana walaupun disingkir, sekurang-kurangnya Ayish meninggalkan memori Mentor 5 dengan persembahan terakhirnya yang terbaik," tuturnya.

Sistem pemarkahan terbahagi kepada tiga iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus lagi daripada juri awam.

Pada malam itu, penyanyi rap Joe Flizzow bertindak sebagai juri undangan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan