Mariah Carey Selamat Melahirkan Sepasang Kembar

Diterbitkan: Isnin, 2 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nick cannon dan Mariah Carey
Nick cannon dan Mariah Carey

HARI ulang tahun perkahwinan yang ketiga buat penyanyi Mariah Carey dan Nick Cannon begitu bermakna sekali apabila Mariah telah selamat melahirkan sepasang kembar, Sabtu, di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menurut jurucakap pasangan tersebut, Cindi Berger, kedua-dua bayi lelaki dan perempuan seberat 2.35 kilogram dan 2.44 kilogram itu masih lagi belum diberikan nama yang sesuai.

"Cannon begitu takut dan gemuruh ketika Mariah mengadu sakit perut sehingga dia tersalah masuk wad, sedangkan dia perlu menghantar Mariah ke wad bersalin.

"Bagaimanapun Cannon tampak lega apabila melihat isteri dan anak-anaknya selamat. Malah selepas kelahiran itu, mereka memasang lagu nyanyian Mariah, We Belong Together untuk memperdengarkan kepada kembar tersebut," katanya kepada laman portal The Telegraph.

Tambah Berger, Mariah telah membuat keputusan untuk tidak mengandung lagi pada masa akan datang kerana pasangan kembar itu sudah cukup membuatkan Mariah dan Cannon bahagia.

Difahamkan, pasangan tersebut akan memperbaharui lafaz ikrar perkahwinan mereka pada Ahad ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan