Akademi Fantasia 9 : Raqib Tersingkir

Diterbitkan: Ahad, 1 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raqib terpaksa akur untuk meninggalkan pentas AF9. Foto AZHAR MAHFOF
Raqib terpaksa akur untuk meninggalkan pentas AF9. Foto AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Raqib atau nama sebenarnya Fahrur Raqib Abdul Majid terpaksa melupakan hasrat untuk merebut gelaran juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) apabila diumukan tersingkir daripada program realiti popular itu.

Pengumuman penyingkiran Raqib, 21, itu dilakukan oleh hos, Aznil Nawawi setelah mendapat undian terendah iaitu 8 peratus daripada peminat dan penonton.

Dalam konsert minggu kelima yang diadakan di Studio 1, Astro, Bukit Jalil itu, Sabtu.

Laika yang membawakan lagu Menghitung Hari nyanyian asal Krisdayanti telah memberikan persembahan yang tidak mengecewakan.

Dengan penyingkiran itu, secara tidak langsung telah memberi peluang kepada 8 orang pelajar lain untuk bergelar juara AF9.

Mereka yang masih meneruskan perjuangan adalah Azri, Kairul, Kay, Fina, Hazama, Afif, Lena dan Nera.

Dua personaliti terkenal iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Hattan telah diberi mandat sebagai pengkritik tetap untuk musim ini.

Manakala, wartawan hiburan Harian Metro, Rudy Imran bertanggungjawab sebagai pengkritik jemputan pada malam itu.

Sementara itu, pengetua AF9, Amy Search, menganggap persembahan pada malam tersebut mempunyai peningkatan yang membanggakan.

"Keseluruhan persembahan pelajar pada malam ini banyak peningkatan berbanding minggu sebelum ini.

"Kemasukkan dua pelajar baru seperti Hazama dan Fina juga memberi semangat kepada pelajar lain untuk berusaha memberi yang terbaik," katanya.

Tambah Amy, beberapa pelajar yang menunjukkan persembahan terbaik pada malam itu adalah Azri dan Fina.

"Azri memberi persembahan terbaik kerana dia antara pelajar yang banyak menunjukkan peningkatan setiap minggu, manakala Fina sememangnya mempunyai vokal yang mantap," katanya.

Manakala, Raqib berkata walaupun tersingkir tapi dia berbangga dengan persembahannya pada malam tersebut.

"Siapa yang tidak kecewa kerana tidak dapat meneruskan perjuangan dalam Akademi ini. Tapi saya bangga kerana saya sudah buat terbaik.

"Malah kawan-kawan saya juga sudah membuktikan bakat mereka kepada penonton,"katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan