Rafflesia Himpun 15 Artis Sambut Hari Ibu

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan artis yang hadir pada majlis Rafflesia Mother's Day Celebration. Foto SIA HONG KIAU
Barisan artis yang hadir pada majlis Rafflesia Mother's Day Celebration. Foto SIA HONG KIAU

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang bakal disambut pada 8 Mei depan, jenama barangan kemas Rafflesia telah menghimpunkan seramai 15 selebriti pada majlis Rafflesia Mother's Day Celebration.

Majlis tersebut telah diadakan di PNB Darby Park, di sini, Khamis.

Antara selebriti yang hadir ialah Fathia, Kilafairy, Memey, Norman Hakim, Fouziah Gous, Shila Amzah, Miera Liyana, Fizz Fairuz, Elfira Loy serta Raja Farah. Mereka hadir bersama ibu masing-masing.

Majlis itu turut disertai pereka fesyen yang menghasilkan pakaian selebriti yang hadir seperti Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Hazwani, Nik Erwan Roseli, Zery Zamry, Ariff Shukor, Riffai, Wan Huzairil, Bill Keith, Saiful Bahrim dan Lord’s Tailor.

Semua selebriti yang hadir memperagakan pakaian berwarna hijau.

Sepanjang majlis makan malam tersebut, tetamu yang hadir dihiburkan persembahan nyanyian oleh penyanyi Shila Amzah, Terry (penyanyi Indonesia) dan beberapa penyanyi lain.

Selain menikmati juadah makanan, para selebriti dan ibu masing-masing menerima hadiah khas tajaan Rafflesia.

Jurucakap Rafflesia, Bill Bora selaku pengerusi majlis berkata, majlis Hari Ibu merupakan anjuran pertama Rafflesia dan akan menganjurkan majlis sambutan seperti ini di masa akan datang.

"Idea ini muncul ketika Rafflesia sibuk dengan penajaan majlis Anugerah Bintang Popular yang baru saja diadakan bulan lalu.

"Saya percaya, pengumpulan para selebriti bersama ibu masing-masing satu acara yang dianggap unik dan jarang sekali diadakan. Saya harap, majlis ini diteruskan pada tahun depan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan