Justin Bieber Buktikan Masih Sihat

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin Bieber
Justin Bieber

BINTANG Pop, Justin Bieber tidak membiarkan kecederaan di punggungnya mengganggu persembahannya di Sydney, Australia.

Buktinya Bieber yang berduet bersama Chris Brown mampu menarik perhatian penonton.

Seperti dipetik Femalefirst, Bieber mengalami kecederaan ketika berada di Bali, minggu lalu selepas mengadakan konsert di Jakarta, Indonesia.

Akibat berita kemalangan tersebut, banyak khabar angin mengatakan artis tersebut terpaksa menangguhkan konsert jelajahnya di beberapa buah negara.

Bagaimanapun, Bieber membuktikan bahawa berita tersebut tidak benar. Penyanyi lagu Baby ini tetap beraksi di panggung Arena City’s Acer, Sydney Australia seperti dirancang sebelum ini.

Malah dia turut menyanyi lagu tambahan berjudul Next 2 U bergandingan dengan Chris Brown.

Sementara itu, di akaun Twitter.com miliknya, dia menulis: “Mereka fikir bahawa saya akan batalkan konsert ini? Lihat saya sekarang sihat! Saya sayang Australia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan