Ashanty Terkejut Anang Ucap Kata Cinta

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan duet ini dikatakan sedang dilamun cinta.
Pasangan duet ini dikatakan sedang dilamun cinta.

JAKARTA: Penyanyi Ashanty mengaku terkejut apabila komposer Anang Hermansyah meluahkan perasaan cinta kepadanya.

"Apa yang dilakukan oleh Anang begitu spontan dan saya sangat terkejut kerana tujuan kita ke mari adalah untuk menyanyi dan tidak sangka ada gimik sebegitu DetikHot.com.

Kedua-dua pasangan tersebut hadir menjayakan rancangan Dahsyat terbitan sebuah stesen televsiyen Indonesia, Khamis.

Selain terkejut, Ashanty juga masih keliru dengan apa yang diluahkan bekas suami Krisdayanti itu. Bagi Ashanty, Anang seorang yang serius tentang cinta.

"Saya tahu ramai yang menganggap perkara tersebut telah kami rancang, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak mengetahuinya," jelasnya sambil tersenyum.

Bagaimanapun menurut Anang, dirinya masih menunggu jawapan balas daripada penyanyi jelita itu.

"Ya, apa yang saya katakan tadi benar dan sekarang tinggal menunggu jawapan dari pihaknya sahaja," kata Anang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan