Penemuan Pita Rakaman, Kematian Marilyn Monroe Di Rungkai

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Misteri kematian pelakon Marilyn Monroe (gambar) dikatakan dapat di rungkai apabila sebuah pita yang menyimpan kisah artis itu dipercayai telah dikeluarkan baru-baru ini. Monroe meninggal dunia pada 5 Ogos 1962, dalam keadaan penuh misteri dan kontroversi dalam sejarah dunia hiburan Hollywood.

Rakaman berkenaan dikatakan mendedahkan perbualan antara pendandan rambutnya George Masters dan anak saudaranya, Jeff Platts, perunding jualan berusia 60 tahun dari Southern California.

"Nama pakcik saya adalah George Masters dan dia adalah pendandan rambut peribadi Marilyn Monroe selain menjadi penata rias selama beberapa tahun sebelum kematiannya.

"Dia melakukan perjalanan yang banyak dengan bintang Hollywood itu. Saya mempunyai beberapa pita rakaman perbualan telefon mereka termasuklah sebelum kematian pakcik saya itu pada tahun 1998," lapor AOL News memetik satu kiriman surat daripada Platts.

Platts mendedahkan Geroge Masters telah mengatakan kepadanya bahawa Monroe telah melakukan perjalanan rahsia dengan menaiki pesawat jet peribadi Frank Sinatra sebelum menghabiskan masa dengan seorang samseng, Sam Giancana.

"George mengatakan kepada saya bahawa Marilyn menghabiskan malam dengan Sam Giancana.

"Dia turut memberitahu satu-satunya orang yang ada bersama semasa kejadian ialah Buddy Greco. Bukan Frank Sinatra, bukan Dean Martin. George juga berkata, Marilyn benar-benar jatuh cinta dengan Sam Giancana.

Jeff Platts turut memberitahu pegawai publisitinya Pat Newcomb turut tidur di rumah aktres itu pada malam tersebut tetapi tidak menyedari sama ada Monreo berada di rumah itu atau tidak.

Malah katanya, pembantu rumah Monreo yang tiba awal pagi di rumah tersebut tidak menceritakan mengenai pelakon itu.

“Menerusi pita itu, pakcik saya berkata, tanyalah kepada Pat kerana dia tahu segala-galanya terhadap apa yang berlaku.

Dalam satu dakwaan katanya, George Masters dilihat mahu mengesahkan satu teori iaitu Monreo dilarikan ke rumah sakit ketika masih hidup sebelum ditemui terdampar bukan seperti membunuh diri kerana keadaannya seperti duduk untuk berehat.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan