'Aktif 5' Berjaya Raih 10 Juta Penonton

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lan Kristal dan Nadia AF yang bersaing pada pusingan Satu-satunya pada episod Terakhir Aktif 5, disamping pengacaranya, Ahdan Salleh.
Lan Kristal dan Nadia AF yang bersaing pada pusingan Satu-satunya pada episod Terakhir Aktif 5, disamping pengacaranya, Ahdan Salleh.

KUALA LUMPUR: Program berbentuk game show, Aktif5 yang bersiaran sejak 14 Januari lalu berjaya menarik 10 juta penonton secara keseluruhan sepanjang 14 episod ditayangkan.

Penerbitnya, Azman Hashim, berkata, disebabkan sambutan yang menggalakkan itu pihaknya bercadang meneruskan rancangan tersebut untuk muzik kedua yang dijadualkan pada September ini. Ia disiarkan menerusi TV2.

"Alhamdulillah, Aktif 5 merupakan antara program 'hot market' RTM. Malah pada lima episod pertama sahaja, program ini sudah berjaya memperoleh rating sebanyak 800,000 penonton.

"Oleh itu, apabila ia menerima respons yang baik, pihak kami merancang untuk menyambung semula untuk musim kedua dan akan perbaiki beberapa kelemahan yang berlaku sepanjang musim pertama," katanya.

Tambah Azman, Aktif 5 juga berbeza berbanding program-program RTM lain kerana ia merupakan sebuah program interaktif di antara pengacara dan penonton di rumah.

Menariknya program ini, seramai lima peserta di kalangan penuntut universiti bersaing sesama sendiri untuk lima pusingan iaitu Irama dan Lagu, Rentap Berentap, Tukang Muzik, Ajuk Sakan dan Satu-satunya bagi mendapatkan gelaran juara setiap minggu.

Pada episod terakhir Aktif 5 yang disiarkan pada Ahad lalu, ia menampilkan lima selebriti iaitu Nadia AF, Fouziah Gous, Lan Kristal, Ernie dan Daus.

Azman berpendapat, dengan menerbitkan program seperti itu ia sekali gus dapat menarik perhatian di kalangan remaja untuk menonton program-program saluran RTM.

"Saya faham, kebanyakan remaja mempunyai pandangan skeptikal mengenai program-program terbitan RTM. Sebab itu setiap episod saya membawa masuk penonton di kalangan pelajar universiti.

"Malah, pelajar yang sering dikatakan “urban” daripada Universiti Limkokwing turut hadir sebagai penonton dan mereka sangat teruja dan terbuka dengan program ini.

"Saya harap, bagi musim kedua, Aktif5 akan menjadi program yang lebih hebat berbanding dengan musim pertama," tutur Azman yang pernah menerbitkan program-program hiburan seperti Bintang RTM, Zoom In dan Klasik Nasional.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan