Drama Menarik Astro Prima Sepanjang April, Mei Ini

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan artis yang bakal menjayakan drama dan telemovie Astro Prima.
Barisan artis yang bakal menjayakan drama dan telemovie Astro Prima.

PETALING JAYA: Stesen televisyen berbayar Astro Prima akan menghidangkan beberapa drama dan telemovie menarik sepanjang April dan Mei ini.

Bermula dengan drama bersiri hebat berjudul Ayu Suraya dan Fatimah Juling The Series serta tiga buah telemovie menarik iaitu Sedepa Ke Syurga, Hati Seorang Ibu dan Berpaling Dari Jannahmu akan disiarkan di saluran 105 istimewa sepanjang April dan Mei ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, Astro Prima sentiasa mengukuhkan kedudukan sebagai saluran keluarga yang menghiburkan dan mencari program-program menarik.

“Setiap aspek dalam sesebuah kandungan tersebut akan dinilai dengan terperinci sebelum disiarkan untuk tontonan ramai bagi memastikan hanya hiburan yang terbaik dan berkualiti.

“Istimewa untuk semua penonton sasaran yang setia, kami dengan berbesar hati menyajikan dua buah drama bersiri menarik dengan genre yang berlainan iaiti Ayu Suraya dan Fatimah Juling The Series.

“Selain itu, kami juga menghidangkan tiga buah telemovie hebat sepanjang Mei ini iaitu Sedepa Ke Syurga, Hati Seorang Ibu dan Berpaling Dari Jannahmu yang semua berkisar tentang pengorbanan wanita sempena Hari Ibu yang bakal diraikan.

“Kmai percaya penonton bakal terpesona dengan lakonan mantap oleh barisan pelakon yang berbakat serta disulami dengan olehan jalan penceritaan yang dinamik dan menghiburkan,” katanya.

Ayu Suraya mengisahkan seorang gadis yang mempunyai dua personaliti berbeza akibat trauma daripada pengalaman hidup yang emmeritkan sejak muda.

Antara barisan pelakon Ayu Suraya ialah Zarina Zainoordin, Shah Jaszle, Wan Sharmila dan Razak Ahmad.

Ayu Suraya bakal bersiaran pada setiap Selasa, 10 malam bermula 26 April ini.

Manakala drama Fatimah Juling The Series pula mengisahkan tentang seorang gadis bernama Fatimah yang bermata juling tetapi merasakan dirinya sempurna dan tiada kekurangan.

Drama 13 episod ini dibintangi oleh Linda Hashim, Beego, Zed Zaidi, Adrea Abdullah, Bob Lokman, Delimawati dan Nor Shuhaida.

Drama ini bakal bersiaran setiap Rabu, 9 malam bermula 27 April ini.

Telemovie Sedepa Ke Syurga lakonan Rafiena Ezanee, Ady Putra, Fiza Elite, Faizal Hussain dan Ezzryn Loy pula mengisahkan tentang Misya dan Fadzli yang terpaksa membesar dalam keadaan serba kesusahan dan ini membuatkan hubungan mereka menjadi rapat sehingga mereka bercinta dan kemudiannya mendirikan rumah tangga.

Telemovie ini bakal bersiaran pada 6 Mei ini, pukul 10 malam.

Manakala telemovie berjudul Hati Seorang Ibu bakal bersiaran pada 13 Mei ini, pukul 10 malam menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu yang snaggup berkorban demi mempertahankan anak-anaknya.

Telemovie ini dilakonkan oleh Azean Irdawaty, Kamal Adly, Khatijah Tan dan Aidil Mohad.

Telemovie Berpaling Dari Jannahmu pula menceritakan tentang seorang ibu yang agak cerewet dan amat mementingkan kesempurnaan sehingga menyebabkan anak kesayangannya terkorban.

Telemovie menarik ini dijayakan oleh Nasir Bilal Khan, Fauziah Ahmad Daud dan Mia Sara.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan