Jehan Miskin & Lawrence Pernah 'Curi' Produk Kecantikan

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lawrence dan Jehan Miskin
Lawrence dan Jehan Miskin

SIAPA kata golongan lelaki tidak mementingkan penjagaan kecantikan diri? Jika sebelum ini, ramai di kalangan kita yang mengatakan soal kecantikan hanyalah perlu difikirkan oleh golongan wanita sahaja.

Mungkin itu dulu, sebelum kaum lelaki mendapat pendedahan meluas tentang kepentingan untuk menjaga kecantikan.

Hari ini, semakin ramai lelaki yang sedar akan perkara tersebut dan tidak lagi menganggap isu kecantikan sebagai sesuatu yang asing.

Malah, produk-produk kecantikan untuk lelaki banyak dihasilkan tidak kiralah daripada jenama terkenal ataupun tidak.

Situasi itu memperlihatkan bahawa kecantikan adalah sesuatu anugerah yang perlu diambil berat.

Ambil saja contoh dua selebriti lelaki ini iaitu aktor dan penerbit Jehan Miskin serta pengacara televisyen yang juga pelakon Lawrence Wong.

Apabila bercakap soal kecantikan, mereka memang tidak mudah berkompromi.

Buktinya, mereka sanggup mengambil secara senyap-senyap produk kecantikan termasuk pencuci muka dan pewangi milik ahli keluarga dan orang tersayang untuk digunakan.

Bunyinya seperti kelakar tetapi itulah hakikatnya kepentingan kecantikan bagi dua selebriti ini.

Jehan berkata: “Selalunya kalau saya kehabisan stok pencuci muka, kekasih saya pasti akan peka dan menyelitkan pencuci muka ke dalam kereta.

“Dia tahu betapa pentingnya pencuci muka kepada saya setiap kali saya terlibat dengan penggambaran. Pencuci muka adalah benda wajib untuk menanggalkan kesan solekan di wajah.”

Lawrence yang punya pengalaman menarik tentang produk kecantikan pula berkata, memandangkan ayahnya seorang lelaki yang sangat menitikberatkan soal penjagaan kecantikan, maka pada kebiasaannya dia akan menggunakan produk-produk milik ayahnya secara rahsia.

“Saya masih ingat pada usia remaja dulu, saya kerap menggunakan minyak wangi, krim rambut, pencuci muka dan pelembap wajah milik ayah tanpa pengetahuannya.

“Malah, ketika di bangku sekolah menengah, saya pernah menggunakan losen pencukur miliknya dan menyapukan ia pada muka saya. Saya sangka ia adalah pelembap wajahnya,” imbaunya sambil ketawa.

Pun begitu, dua pemuda ini tetap tidak terlepas daripada sikap pelik tentang penjagaan kecantikan.

Kongsi Jehan, apabila terlalu penat selepas pulang daripada penggambaran, dia selalunya terus masuk tidur dan langsung tidak mencuci muka.

Akibatnya, pada keesokan hari, pasti kekasihnya akan dapat mengenal pasti dia tidak mencuci muka sebelum tidur.

“Sebab itu saya begitu mementingkan soal kecantikan biar penat macam mana sekalipun. Kekasih saya mempunyai mata yang tajam dan dia akan tahu kalau saya tidak mencuci muka sebelum tidur,” katanya.

Sementara Lawrence pula bercerita: “Saya mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap penjagaan mata. Selalunya, saya akan menyapukan krim mata dengan jumlah yang banyak dan mengurutnya selama 15 hingga 20 minit.

“Tidak berakhir di situ, selepas mencucinya, saya akan sapu sekali lagi krim tersebut di mata dengan amaun normal pula.

“Bekas kekasih saya selalu merungut kerana proses tersebut mengambil masa yang panjang tetapi saya tahu sebenarnya dia cemburu melihat tabiat penjagaan kecantikan yang saya amalkan.”

Beralih ke amalan penjagaan kecantikan, Jehan berkata: “Setiap pagi, saya mesti mencuci muka dengan pencuci dan menyapukan pelembap wajah.

“Pada sebelah malam pula, saya akan mencuci muka, menyapukan pelembap, penyegar dan gel mata.”

Lawrence pula begitu mementingkan soal pencuci muka. Maka, tidak hairanlah dia sangat teliti tentang jenis pencuci muka yang digunakan.

Katanya: “Ramai orang tersalah anggap bahawa aspek penjagaan wajah tidak begitu penting. Bagi saya, produk terbaik yang sesuai dengan wajah kita adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang mudah.

“Selain menggunakan pencuci paling sesuai dengan kulit saya, penggunaan penyegar dan pelembap adalah perkara wajib dalam rutin kecantikan saya.

“Malah, ada kalanya saya perlu menyapukan serum sebelum menggunakan gel mata. Dua kali seminggu, saya akan memakai topeng wajah juga.”

Bertitik-tolak daripada dedikasi dan usaha mereka terhadap rutin kecantikan, kedua-dua lelaki ini cukup bertuah apabila dilantik sebagai jurucakap kepada produk Olay Men Solutions, baru-baru ini.

Rangkaian produk tersebut yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, penyegar dan gel mata itu kini berada di pasaran dengan harga yang sangat berpatutan.

Foto AZMAN GHANI

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan