Majlis Tunang Ashraf-Dayana Seperti Kenduri Kahwin

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ashraf dan Dayana menunjukkan cincin tunang di jari manis masing-masing selepas selamat bertunang di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Sabtu. - Foto M AZHAR ARIF
Ashraf dan Dayana menunjukkan cincin tunang di jari manis masing-masing selepas selamat bertunang di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Sabtu. - Foto M AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim, 30, dan Noor Dayana Lokman, 24, diraikan dengan penuh meriah seperti ‘kenduri kahwin’ dalam majlis pertunangan di rumah Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, Sabtu.

Majlis besar-besaran itu siap dengan 16 buah khemah yang dipasang di luar rumah bakal isterinya itu.

Malah kehadiran Ashraf yang memakai sepasang baju Melayu putih dan bersamping ungu mencuri tumpuan ramai dan dilihat seolah-olah hendak bernikah lagaknya.

Bagaimanapun, pengacara Nasi Lemak Kopi ‘O’ dan Gadis Melayu di TV9 itu menjelaskan, majlis tersebut diadakan sedemikian kerana mereka turut melangsungkan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di tempat dan hari yang sama.

“Pada mulanya kami tidak merancang untuk melakukan majlis perasmian serentak dengan majlis pertunangan tetapi setelah memikirkan majlis ini turut melibatkan saudara-mara, jadi saya rasa tidak salah untuk dilakukan sekali,” ujarnya yang turut menjemput ramai ahli keluarga dan sanak saudaranya.

Ashraf merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik. Antara ahli keluarganya yang hadir adalah bapanya dan ibu saudaranya, Fatimah Azil yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Dayana. Ibu Ashraf telah meninggal dunia pada enam tahun lalu akibat kanser payu dara.

Ashraf dan Dayana akan bernikah pada 30 Ogos tahun ini sempena Hari Raya Puasa di Mekah.

Beralih kepada kariernya sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf mula mempelajari cara mengubati pesakit menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu.

“Selepas mengubati pesakit, saya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Selain itu, saya turut membekalkan mereka dengan ayat-ayat al-Quran dan doa untuk diamalkan sementara benar-benar sembuh.

“Apabila membaca al-Quran, diri kita akan lebih dekat dengan Tuhan. Kadangkala, saya ada juga meminta bantuan daripada Dayana untuk mengenal pasti sesuatu penyakit itu menggunakan kaedah perubatan moden kerana dia sedang belajar dalam bidang perubatan,” katanya.

Pusat rawatan yang digelar sebagai klinik oleh Ashraf itu boleh merawat penyakit seperti semua jenis kanser, SLE, kanser otak, AIDS atau HIV, gangguan sihir, penyakit kanak-kanak, penyakit kesuburan, diebetes, darah tinggi dan masalah akhlak.

Dalam perkembangan lain, Ashraf yang masih meneruskan kariernya dalam bidang lakonan turut menganjurkan pakej umrah di bawah Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan kerjasama ZHB Holidays Sdn Bhd.

Dia dijangka akan bertolak ke Mekah pada 17 Ogos tahun ini bersama-sama bakal bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid dan ahli rombongan umrah yang terhad kepada 40 orang sahaja.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan