Beyonce Bikin Album Ditemani Suami Di Hotel

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Beyonce (gambar) membikin album barunya bersama-sama suami, rapper Jay-Z di Paris, Perancis.

Kedua-duanya menginap di bilik hotel mewah di Le Meurice sambil mencipta karya baru.

"Mereka membuat studio di bilik lain dan telah bekerja sepanjang malam untuk album Beyonce," ujar sumber menurut Showbiz Spy, Sabtu.

Pasangan tersebut tiba di Paris dengan menaiki pesawat peribadi. Kedua-duanya menikmati percutian itu bersama anak mereka, Daniel yang baru berusia 6 tahun di Disneyland.

Walaupun ada waktu untuk berlibur, sebahagian besar masa Beyonce di Paris dihabiskan untuk album barunya. Bahkan Beyonce tidak sempat berjalan-jalan untuk membeli-belah.

"Dia tidak keluar ke butik mahal yang biasa dia kunjungi," jelas sumber.

Sebelum ini, dia sempat berduet dengan Lady Gaga dan kali ini Beyonce akan berkolaborasi dengan Rihanna untuk album barunya.

Kedua-duanya bertemu di majlis Grammy Awards 2011 dan sepakat untuk berkolaborasi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan