Najwa Latif Jadi Penyanyi Kerana 'YouTube'

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najwa Latif mempertaruhkan imej bertudung, gitar dan muzik akustik. - Foto RAYMOND OOI
Najwa Latif mempertaruhkan imej bertudung, gitar dan muzik akustik. - Foto RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Penyanyi baru Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 16, tidak menyangka keterujaan terhadap Internet telah menjadikan dirinya seorang penyanyi rakaman.

Kata Najwa yang ditemui pada sesi fotografi bersama mStar Online baru-baru ini, pada awalnya dia hanya menggunakan medium itu untuk berkomunikasi dengan bapanya yang tinggal berasingan daripada keluarga.

"Pada mulanya, saya menggunakan Internet untuk berkomunikasi dan melepaskan kerinduan kepada ayah yang tinggal berasingan dengan kami.

"Ayah mengajar di luar kawasan Batu Pahat, Johor dan hanya akan pulang pada hujung minggu. Jadi, setiap hari kami akan berkomunikasi menerusi Facebook dan Yahoo Messenger.

"Selain itu, saya juga memuatnaik video saya menyanyi untuk ayah di laman YouTube. Daripada situlah, video-video tersebut menjadi perhatian umum pula," katanya yang mengidolakan penyanyi Justin Bieber dan Taylor Swift.

Tambah Najwa, menerusi pelbagai pautan video itu, bakatnya lantas dikesan oleh beberapa wakil syarikat rakaman tanah air.

"Sebenarnya, saya pun tidak sangka video-video tersebut akan mendapat perhatian ramai termasuk beberapa syarikat rakaman.

"Sebelum saya menandatangani kontrak dengan NAR Records, beberapa pihak lain juga menunjukkan minat untuk menjadikan saya penyanyi rakaman.

"Saya terima tawaran NAR kerana mereka bersungguh-sungguh dan terbuka dengan perjuangan muzik saya iaitu akustik," kongsinya yang sudah empat bulan bergelar artis rakaman.

Terbaru, pelajar tingkatan empat ini bakal muncul dengan single pertamanya iaitu Cinta Muka Buku yang dijangka ke udara pada penghujung April. Lagu tersebut dicipta oleh Najwa dan kakaknya.

Untuk perkembangan terkini tentang gadis yang sinonim dengan imej bertudung dan gitar ini, layari http://najwalatifs.blogspot.com.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan