Joseph Gordon-Levitt & Marion Cotillard Bintangi 'The Dark Knight Rises'

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joseph Gordon-Levitt
Joseph Gordon-Levitt

CALIFORNIA: Studio filem Warner Bros pada Selasa mengumumkan pemenang Anugerah Oscar, Marion Cotillard dan aktor Joseph Gordon-Levitt bakal membintangi filem terakhir sekuel Batman iaitu The Dark Knight Rises.

Cotillard akan muncul sebagai watak Miranda Tate, iaitu ahli lembaga empayar Wayne Enterprises di bandar Gotham.

Sementara itu, Gordon-Levitt akan membawa watak polis bandar itu yang bernama John Blake yang ditugaskan untuk menjalankan misi di bawah Pesuruhjaya Gordon.

Filem itu juga menyaksikan gabungan semula di antara dua pelakon itu dengan pengarah Christopher Nolan yang pernah bergandingan dalam filem pecah panggung Inception, tahun lalu.

Nolan berkata: "Apabila anda bergandingan dengan bintang-bintang hebat seperti Marion dan Joe, ia bukan sesuatu yang pelik untuk kembali mengulangi pengalaman hebat ketika membikin filem Inception sebelum ini.

"Nama mereka muncul dalam fikiran dengan serta-merta apabila saya melihat dua karakter dalam filem ini. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka semula."

Filem tersebut dibintangi oleh Christian Bale sebagai Bruce Wayne/Batman, Anne Hathaway (Selina Kyle) dan Tom Hardy (Bane).

The Dark Knight Rises bakal ditayangkan pada 20 Julai 2012 di seluruh dunia edaran Warner Bros. Pictures.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan