Perbicaraan Tangguh, Benjy Masuk Hospital

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar fail ketika Benjy ditahan polis tidak lama dulu.
Gambar fail ketika Benjy ditahan polis tidak lama dulu.

KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Pusat Pakar Damansara, dekat sini kerana menghidap asma.

Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, Benjy dimasukkan ke hospital itu pada Selasa dan tidak dibenarkan untuk menerima pelawat.

“Saya tidak tahu bila Benjy akan dibenarkan keluar kerana doktor masih memberikan rawatan dan melakukan pemeriksaan.

“Benjy juga perlu mengambil oksigen setiap empat jam atau apabila dia mengalami kesukaran untuk bernafas,” katanya semasa dihubungi oleh mStar Online, Rabu.

Menurut Azean lagi, Benjy mendapat penyakit asma selepas berkahwin dan keadaannya bertambah teruk apabila dia ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.

Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.

Keadaan Benjy menyebabkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menangguhkan perbicaraan kes dadahnya kepada Khamis.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan penangguhan tersebut selepas peguam Amer Hamzah Arshad mengemukakan surat daripada hospital berkenaan yang mengatakan Benjy tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan.

Pelakon Kerana Cintamu Saerah itu juga kerap batuk semasa menghadiri perbicaraan pada Selasa.

Benjy, 33, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.14 gram di rumah beralamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang, 11 Mac 2010.

Dia juga didakwa memiliki 0.24 gram dadah sama pada pukul 4 petang, hari yang sama di rumah nombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat dan Noormawarni Abdul Halim.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan