Sepuluh Selebriti Reka Perabut Untuk Kumpul Dana

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut. Foto NURAFIFI EHSAN
Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut. Foto NURAFIFI EHSAN

SERDANG: Seramai sepuluh selebriti tanah air mengadakan aktiviti amal dengan mereka bentuk sebuah sofa menggunakan kreativiti sendiri untuk dijual bagi tujuan mengutip dana.

Menurut pengacara televisyen Jojo Struys, aktiviti amal tersebut bertujuan untuk kutipan derma yang akan disalurkan ke badan kebajikan Darul Salam.

“Kami telah merancang sejak beberapa bulan lalu untuk buat kutipan amal ini dan usaha tersebut disambut baik oleh syarikat pengeluar perabut Macy.

“Pihak mereka bersetuju untuk membuat beberapa sofa yang direka oleh para selebriti dan ia akan dijual kepada umum.

"Hasil jualan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada rumah kebajikan Darul Salam,” katanya ketika ditemui mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Jojo, sofa tersebut bakal siap sepenuhnya pada bulan hadapan dan bersedia untuk dijual.

“Hari ini kita akan buat rekaan dulu dan mungkin bulan hadapan akan siap sepenuhnya dan sedia untuk dijual.

“Lebih istimewa sofa-sofa itu hanya terdapat dalam satu rekaan sahaja dan ia akan dijual di pusat perabut Ikano, Damansara, Selangor,” katanya.

Jelas Jojo, kutipan amal ini dibuat berikutan rasa tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

“Saya rasa penting untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik terutamanya yang memerlukan.

“Bagi saya ia satu kepuasan apabila dapat bantu mereka. Saya juga sudah beberapa kali pergi ke rumah kebajikan tersebut.

“Mereka perlukan bantuan untuk menjalankan aktiviti seharian dan kita hanya membantu apa yang termampu sahaja,” ujarnya.

Selain Jojo Struys sendiri, artis-artis lain yang akan terlibat dalam aktiviti kebajikan ini ialah Harith Iskander, Amber Chia, Ash Nair, Dennis Lau, Joey G, Hannah Lo, Patricia Knudsen, Daphne Iking dan Vanidah Imran.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan