'Man Sewel Datang KL' Bukan Niat Menghina

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shuib (Sepah) melakonkan watak Man bersama-sama isterinya, Siti Sarah.
Shuib (Sepah) melakonkan watak Man bersama-sama isterinya, Siti Sarah.

KUALA LUMPUR: Filem Man Sewel Datang KL dihasilkan bukan untuk menghina manusia yang kurang siuman atau sewel sebaliknya bertujuan memberikan pengajaran ke arah kebaikan.

Menurut Penerbit Eksekutif, Work Move Production Sdn Bhd, Hamizi Mat Juah, filem arahan Rahman Adam itu memaparkan tentang lelaki yang berperangai “gila-gila” tetapi berfikiran bijak.

“Saya dapat rasakan perkataan ‘sewel’ akan menimbulkan konotasi yang negatif. Tetapi sewel yang ingin kami ingin tonjolkan dalam filem ini adalah sesuatu yang boleh diterima masyarakat.

“Shuib (Sepah) yang memegang watak Man Sewel dalam filem ini sebenarnya seorang yang bijak. Misalnya, dia memberikan idea untuk menukarkan nama perniagaan nasi ayam dara kepada nasi ayam janda. Selepas itu, terus perniagaan itu laris,” katanya mengenai filem yang telah selesai penggambaran pada awal April lalu.

Filem genre komedi itu turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim.

Jika filem ini mendapat sambutan, pihak produksi mahu menjenamakan nama sewel pada jangka masa panjang.

“Kami ingin menjadikan sewel sebagai suatu jenama dan membuat komik seperti jenama Doraemon di Jepun sekiranya filem ini berjaya di pawagam.

“Jadi, kami berharap supaya filem ini boleh diterima oleh penonton,” ujarnya.

Bercerita tentang kekuatan filem tersebut, Hamizi menganggap gabungan Shuib (Sepah) dengan isterinya, Siti Sarah bakal memberikan populariti kepada filem tersebut kerana pasangan itu baru pertama kali digandingkan bersama-sama dalam sebuah filem.

“Kita juga mempertaruhkan pengarah filem ini iaitu Rahman Adam yang kembali mengarah selepas beberapa tahun dan kami yakin dengan kreativiti yang diberikan.

“Saya rasa tertarik selepas membaca skripnya dan terus memilih untuk bekerjasama dengannya.

“Selain itu, penonton akan melihat kelebihan Shuib yang bergerak seorang diri tanpa anggota Sepah yang lain iaitu Jep dan Mamat,” katanya.

Tambahnya lagi: “Kumpulan May juga akan muncul dan melancarkan ulang tahun mereka ke-25 dalam filem ini. Mereka akan tampil dalam sebuah konsert dengan menyanyikan lagu-lagu baru.”

Ini merupakan kerjasama pertama Hamizi dengan Work Move Production Sdn Bhd dalam pembikinan filem kerana sebelum ini dia biasa membantu dalam penerbitan drama dan memfokuskan kepada perniagaan barangan teknologi maklumat seperti mengedar barangan Telekom Malaysia.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan