'Jangan Tanya Aku Lagi' Tiada Kaitan Dengan Komposer Itu - Farawahida

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farawahida sedang popular dengan lagu Jangan Tanya Aku Lagi. - Foto SIA HONG KIAU
Farawahida sedang popular dengan lagu Jangan Tanya Aku Lagi. - Foto SIA HONG KIAU

PETALING JAYA: Penyanyi Farawahida, 26, menolak persoalan sesetengah pihak kononnya lagu Jangan Tanya Aku Lagi mempunyai kaitan kisah cintanya dengan komposer Julfekar sebelum ini.

Lagu ciptaan Manusia Putih dan lirik oleh Nawfas itu sedang popular di kalangan pendengar apabila ia menjadi lagu tema untuk drama bersiri Mata Ayer menerusi slot Legenda di TV3.

Drama terbitan Zeel Production itu disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama satu jam bermula pukul empat petang.

Menurut wanita yang mesra disapa nama Fara ini, dia sudah menduga pasti ramai yang mengaitkan dirinya dengan lirik dan tajuk lagu tersebut.

“Idea tajuk lagu itu saya fikirkan secara spontan. Ia tiada kena-mengena dengan diri saya dan komposer itu. Lagipun liriknya diilhamkan oleh Nawfas.

“Bagaimanapun, semuanya terpulanglah kepada persepsi pendengar untuk menilai lagu berkenaan,” katanya kepada mStar Online Isnin.

Jelasnya, dia menyukai lirik lagu tersebut yang dirasakan mempunyai jalan cerita tersendiri.

“Sebenarnya sesuatu lagu yang baik bermula daripada lirik dan kemudiannya barulah melodi.

“Sesetengah orang sukakan lagu yang mempunyai persoalan atau cerita,” ujar Fara yang kembali aktif dalam industri seni.

Tambah Fara lagi, lagu tersebut merupakan lagu pertama yang dihasilkan dengan usaha dan modalnya sendiri sejak pertengahan tahun lalu.

Penyanyi lagu Tanpamu ini juga bakal muncul dalam filem Baik Giler yang telah selesai penggambaran pada Julai lalu.

Filem komedi terbitan Layar Dimensi tersebut turut dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak, Sharifah Shahira, Awie dan Abon.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan