Rizu Tukar Nama, Tubuh Kumpulan Muzik

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Forteen yang dianggotai empat anak muda (dari kiri) Ariz, Izzue, One dan Ameer. - Fot LOW LAY PHON
Kumpulan Forteen yang dianggotai empat anak muda (dari kiri) Ariz, Izzue, One dan Ameer. - Fot LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Penyanyi Rizu,22, yang dikenali menerusi program realiti One In A Million musim ketiga (OIAM3) berkata, kemunculannya dengan nama baru One bersama kumpulan Forteen bukan disebabkan kegagalannya menyerlah sebagai penyanyi solo sebelum ini.

Jelas pemilik nama sebenar Muhammad Ridzuan Sharifuddin itu, keputusan untuk menyertai kumpulan Forteen yang diilhamkan oleh KRU itu adalah untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya.

Ia tiada kena-mengena dengan kegagalannya mencipta nama sebagai penyanyi solo.

"Karier nyanyian solo saya berjalan dengan baik. Mungkin tidak banyak publisiti tetapi saya masih menerima pelbagai undangan nyanyian di majlis korporat atau makan malam.

"Penampilan bersama kumpulan Forteen dan menggunakan nama One tiada kena-mengena dengan kegagalan saya menyerlah sebagai penyanyi solo.

"Saya menganggap Forteen sebagai kemunculan semula saya dalam industri muzik," katanya.

Bercerita tentang Forteen, One berkata, kumpulan berkenaan ditubuhkan untuk mengimbau semula kehangatan kumpulan vokal lelaki yang pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia pada era 1990-an.

"Pada penghujung 1990-an dan awal 2000, dunia muzik pernah digegarkan dengan fenomena kumpulan vokal lelaki seperti Backstreet Boys, Westlife dan Boyz II Men di barat atau Phyne Ballerz, V.E dan Ruffedge di Malaysia.

"Penubuhan kumpulan Forteen pada waktu ini dilihat bersesuaian dengan era muzik semasa kerana kami membawakan imej dan lagu-lagu cinta remaja,” katanya.

Kumpulan yang baru berusia empat bulan itu mempertaruhkan muzik pop balada dan kekuatan vokal. Selain One, Forteen turut dianggotai oleh Ameer, Ariz dan Izzue.

Lagu single pertama kumpulan tersebut iaitu Berdua Bersatu ciptaan Edry Abdul Halim akan mula diputarkan di radio pada penghujung April atau awal Mei depan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan