Maulana (AF8) Anjur Hari Ibu

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maulana akan meraikan para ibu di majlis makan malam Ratu Hatiku di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 8 Mei ini. - Foto AZLINA ABDULLAH
Maulana akan meraikan para ibu di majlis makan malam Ratu Hatiku di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 8 Mei ini. - Foto AZLINA ABDULLAH

PETALING JAYA: Penyanyi Maulana Mohamed (AF8) akan menganjurkan sebuah majlis makan malam ‘Ratu Hatiku’ sempena Hari Ibu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 8 Mei ini, pukul 8 malam.

Menariknya, majlis tersebut dianjurkan oleh Maulana dan ibunya, penyanyi pop 60-an S. Mariam menggunakan modal sendiri.

Selain Maulana, ibunya akan turut serta membuat penampilan istimewa dalam persembahan di majlis yang dihoskan oleh Azrul Zaidi (Raja Lawak).

“Sekarang, saya sedang mencari penaja untuk membeli meja iaitu pakej platinum berharga RM188 seorang manakala pakej emas berharga RM158 seorang.

“Selain makan malam, setiap tetamu bakal mendapat hadiah dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

“Mereka yang ingin membuat tempahan, boleh hubungi 03-55118858 atau 03-62099858,” kata Maulana kepada mStar Online.

Sempena dengan sambutan Hari Ibu yang jatuh pada Mei ini, Maulana sempat menghasilkan lagu untuk ibu berjudul Warkah Buat Ibu yang turut menggabungkan suara Aril (AF7) dan Hafiz (AF7).

“Lagu tersebut dijangka diterbitkan sebelum Hari Ibu. Selain itu, saya juga telah muncul dengan single kedua berjudul Muzika Melodi Cinta yang digubah oleh Audi Mok manakala liriknya ditulis oleh saya sendiri.

“Saya turut menggubah lagu dan lirik dalam bahasa Inggeris menggunakan gitar untuk ditawarkan kepada penyanyi lain.

“Selepas single kedua saya sudah diputarkan di radio, sekarang ini saya akan terlibat dengan pembikinan klip video lagu tersebut selain memenuhi undangan majlis dan nyanyian,” ujarnya lagi yang mengimpikan untuk menjadi seorang penghibur seperti Michael Buble.

Tambahnya: “Saya mahu menjadi penghibur yang bukan sahaja boleh menyanyi, tetapi dalam masa yang sama boleh berlawak untuk menghiburkan penonton.”

Dari sisi lain yang mungkin orang tidak tahu, Maulana sebenarnya turut meminati bidang pengacaraan dan mengimpikan untuk mengacara program televisyen berkonsepkan seperti Art Attack, program kanak-kanak dari luar negara yang pernah disiarkan di saluran Disney.

Namun begitu, dia pernah berpengalaman menjadi pengerusi majlis dalam beberapa majlis sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu RSVP ini merancang untuk merakam semula lagu nyanyian ibunya berjudul Hasrat Hati yang digubah kepada rentak jazz.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan