Kumpulan WAI, XN3, R2 Tersingkir Dari Maharaja Lawak

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan WAI.
Kumpulan WAI.

KUALA LUMPUR: Kumpulan WAI, XN3 dan R2 terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu ketiga program tersebut, Jumaat.

Kumpulan WAI yang dianggotai oleh (Safuan Madeaming, Mohd Ilham Rusdy dan Khairul Idla) dan kumpulan XN3 ( Mohd Fadhil Mohd Nasir dan Norazhar Buyong) yang mendapat undian terendah pada persembahan minggu lalu telah diumukan pada awal siaran sebelum pertandingan bermula.

Manakala kumpulan R2 yang dianggotai oleh pasangan adik beradik Ridhzuan Mat Ali dan Rahim Mat Ali diumumkan selepas mendapat undian terendah pada malam tersebut.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, penyingkiran tersebut dibuat berdasarkan markah undian iaitu 50 peratus dari pihak juri dan 50 peratus dari undian penonton.

"WAI dan XN3 merupakan kumpulan yang mendapat undian terendah pada minggu sebelumnya dan R2 pada minggu ini.

"Bagaimanapun untuk Maharaja Lawak, kami memberi imuniti kepada juri untuk menyelamatkan seorang peserta dari tersingkir.

"Namun begitu kelebihan itu hanya sekali sahaja dan pada malam ini juri tidak lagi mengunakan imuniti tersebut," ujarnya.

Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Dalam pada itu, mengulas tentang penonton yang terlalu ramai datang menyaksikan program tersebut bersiaran langsung, Nizam berkata akan mencari lokasi yang besar untuk pertandingan akhir nanti.

"Kami sedar ramai yang ingin menyaksikan pertandingan ini secara langsung dan kami sedang mencari lokasi sesuai untuk pertandingan akhir yang mana boleh memuatkan lebih 10 ribu penonton," katanya.

Dua peserta yang mendapat markah terendah adalah, Jihan dan Amir manakala tiga tempat teratas ialah Nabil, kumpulan Jozan, kumpulan Sepah.

Sementara itu, antara peserta lain yang masih meneruskan persaingan ialah kumpulan Balas, , kumpulan Jambu, Alex dan kumpulan XN3.

Juara Maharaja Lawak bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000 sementara naib juara, RM200,000 manakala tempat ketiga RM100,000.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan