Hasnul Rahmat Pelajari Watak Loloq

Diterbitkan: Sabtu, 16 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Hasnul Rahmat teruja untuk melakonkan watak teman baiknya Allahyarham Loloq atau nama sebenar Rosli Khamis dalam Konsert Untukmu Loloq yang bakal berlangsung di Istana Budaya dari 22 hingga 24 April ini.

Bagaimanapun menurut Hasnul dia hanya akan membawakan watak-watak ciptaan Allahyarham sepanjang beliau berkarya.

“Ketika diberi peluang ini saya agak terkejut tapi Insya-Allah saya akan buat yang terbaik sebagai hadiah kepada Arwah.

“Saya bawa watak-watak ciptaannya iaitu di dalam filem dan dalam karya-karya lain seperti lagu dan sajak.

"Antara watak-watak tersebut seperti Wak Jono, Cenderawasih, Al-Haiqal, dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Untukmu Loloq.

Untuk konsert ini terdapat tiga segmen sketsa yang menampilkan Hasnul dan Azrul Raja Lawak dalam melakonkan semula beberapa babak yang pernah dilakonkan Allahyarham.

Menurut Hasnul, perbincangan mengenai karakter tersebut dibuat bersama isteri arwah dan komposer M.Nasir serta penulis skrip Ad Samad.

“Saya sentiasa berkongsi pendapat dengan orang-orang sekeliling yang pernah bekerja dengan Loloq, dan orang yang paling rapat dengan arwah iaitu isterinya.

“Selain itu juga melalui pemerhatian saya sendiri tentang karakter sebenar arwah yang mana saya mengenalinya sejak tahun 1995 lagi,” katanya.

Tambah Hasnul, sepanjang mengenali arwah, dia sentiasa mengagumi keperibadiannya yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

“Arwah seorang yang mudah mesra, jadi ramai orang di sekelilingnya adalah rakan baiknya. Sudah tentu mereka lebih mengenali arwah.

“Itu juga salah satu cabaran saya untuk melakonkan watak arwah ini,” katanya yang bakal keluar dnegan filem Hanyut, Songlap dan Seram Sejuk.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan