Tak Jadi Bersara, Que Haidar Kembali Berlakon?

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Que Haidar dan isterinya Linda Jasmine
Que Haidar dan isterinya Linda Jasmine

PETALING JAYA: Aktor Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 31, yang dikhabarkan bakal berlakon semula selepas mengumumkan persaraan pada November tahun lalu masih belum membuat keputusan tentang tawaran filem sekuel Rock 2 arahan Mamat Khalid yang diterimanya, baru-baru ini.

Kata Que, sehingga hari ini dia masih belum menerima skrip filem komedi itu walaupun mengakui sudah bertemu dengan Mamat untuk berbincang tentang tawaran berkenaan.

"Saya belum buat apa-apa keputusan lagi. Memang ada perbincangan tetapi saya sendiri belum dapat skrip filem itu.

"Biarlah saya lihat skrip dulu dan fikirkan masak-masak. Sebenarnya saya sibuk dengan komitmen mengajar dan perniagaan keluarga sekarang.

"Buat masa ini saya masih belum bersedia dan belum membuat keputusan sama ada untuk kembali berlakon atau tidak," katanya kepada mStar Online.

Jelas Que lagi, keputusan sama ada untuk kembali berlakon atau tidak adalah bergantung kepada keadaan semasa, kekuatan skrip dan keinginannya sendiri untuk menerima sesebuah tawaran itu.

"Sama ada saya akan menerima tawaran itu atau tidak, semuanya bergantung pada diri saya sendiri.

"Saya hanya akan terima sesuatu tawaran jika dirasakan perlu dan bukan kerana perasaan simpati, kasihan atau kerana mahu memuaskan hati pihak tertentu.

"Biarlah saya terlibat dalam sesebuah produksi itu kerana keinginan sendiri dan bukan atas sebab lain," katanya.

Dalam filem Rock yang diterbitkan pada 2005, Que memainkan watak utama sebagai Amy Mat Piah.

Que membuat pengumuman tergempar pada November tahun lalu apabila memutuskan untuk bersara daripada dunia lakonan demi memberikan tumpuan pada tugasan dengan perniagaan keluarga.

Sejak menceburi bidang lakonan pada 2005, Que sudah membintangi 19 buah filem termasuk yang bakal ditayangkan tahun ini, Misteri Jalan Lama (arahan Afdlin Shauki).

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan