Persembahan 'West-End Stars in Concert' Mengagumkan

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Stephen Rahman-Hughes, Ramin Karimloo dan Simon Bailey Foto KEVIN TAN
Stephen Rahman-Hughes, Ramin Karimloo dan Simon Bailey Foto KEVIN TAN

KUALA LUMPUR: Kekuatan vokal ketiga-tiga artis luar negara, Stephen Rahman-Hughes, Ramin Karimloo dan Simon Bailey memukau penonton yang menyaksikan persembahan West End Stars in Concert pada malam tayangan media, Khamis.

Persembahan trio yang sememangnya popular di atas pentas teater di West End, London ini tidak menghampakan apabila memyampaikan lebih 17 buah lagu termasuk beberapa buah lagu Melayu dengan baik.

Stephen yang sememangnya dikenali dengan bakat lakonan dalam teater Puteri Gunung Ledang berjaya menyampaikan lagu-lagu seperti What I Did For Love, A Song For You dan Defying Gravity.

Manakala Ramin dan Simon yang berasal dari London yang turut menyertai Les Miserables dan The Phantom of the Opera juga berjaya membuat penonton terbuai sehingga ke akhir persembahan.

Mereka menyampaikan beberapa lagu seperti Till I Hear You Sing, A Song For You, Music of the Night dan Memory.

Malah lebih mempersonakan apabila percubaan Stephen menyanyikan lagu berbahasa Melayu berjudul Bertemu Di Syurga ciptaan Azlan Abu Hassan, kemudian diikuti lagu duet menampilkan Jaclyn Victor berjudul Puncak Tertinggi turut mendapat temukan gemuruh.

Manakala Ramin dan Simon menyanyikan beberapa lagu popular dalam bahasa Inggeris diinspirasikan dari The Phantom of the Opera.

Kemuncak konsert yang hampir dua jam itu turut membuat penonton kagum apabila kesungguhan ketiga-tiga pemuda ini menyanyikan lagu rock popular berjudul Fantasia Bulan Madu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Search.

Konsert yang dibawa oleh Enfiniti Vision Media Sdn Bhd milik Datin Seri Tiara Jacquelina ini akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) selama dua malam berturut-turut bermula malam Jumaat (malam ini).

Konsert tersebut bakal dipimpin oleh koreografer dan pengarah Pat Ibrahim dengan iringan band muzik.

Tiket dijual pada harga RM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400, RM480 dan RM1,000 melalui www.airasiaredtix.com.

Untuk pakej korporat pula boleh menghubungi 03-61429877 atau e-mel ke production@enfiniti.com.my.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan