Hattan Bawa Pekerja Tunaikan Umrah

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hattan
Hattan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hattan akan membawa pekerjanya seramai kira-kira 10 orang bagi mengerjakan Umrah pada pertengahan Jun depan.

Menurut Hattan, ia sebagai tanda terima kasih kepada pekerja-pekerjanya yang bertungkus lumus mendapatkan projek dan pada masa yang sama menaikkan nama syarikatnya, Ria Event Sdn Bhd.

"Nak ikutkan agak sukar untuk saya merancang untuk mengerjakan umrah. Selalunya saya akan beli tiket penerbangan dan terus pergi.

"Bagaimanapun, kali ini saya rancang untuk membawa mereka (pekerja) bersama-sama saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang bekerja keras dengan saya.

"Ia juga sebagai pemberi semangat dan inspirasi untuk mereka menjadi lebih efisien. Lagipun, kalau dah ada rezeki lebih, tidak salah jika kita berkongsi bersama," katanya.

Tambah Hattan lagi, jika segala perancangan kerjanya berjalan dengan lancar, dia mungkin akan mengerjakan Haji pula pada hujung tahun ini.

Sementara itu, Hattan kini sibuk dengan latihan menyanyi sebagai persiapan untuk konsert Wings Opera Hidup and Superfriends yang akan berlangsung pada 30 dan 31 April, depan di Istana Budaya.

Ia akan berlangsung pukul 3 hingga 5 petang.

Hattan akan memeriahkan konsert tersebut bersama 19 penyanyi rock lain antaranya Ramli Sarip, M.Nasir, Nash, Yantzen, Mus (May), Azlan and The Typewriter, Rosli Mohalim, Man Kidal, Kid Search, Hillary Ang, Yan, Edrie Hashim, Ujang, Yazit (Search) dan Lola.

"Penglibatan saya dalam konsert ini semestinya menyeronokkan kerana semua kawan-kawan saya berkumpul untuk menghiburkan peminat-peminat kami.

"Konsert tersebut juga mengingatkan kembali kepada memori lama di mana kami sentiasa bergerak bersama setiap kali mengadakan konsert.

"Sampaikan segala masalah dan susah senang, kami bersama. Saya harap penonton akan terhibur dengan konsert itu nanti," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan