Den Wahab Sangkal Spider Tak Puas Hati Soal Bayaran

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri Den Wahab, Hasnul Rahmat, Ramli Sarip, Ella, Datuk M. Nasir dan Ketua Pengarah Istana Budaya Muhamed Juhari Shaarani pada sidang media
Dari kiri Den Wahab, Hasnul Rahmat, Ramli Sarip, Ella, Datuk M. Nasir dan Ketua Pengarah Istana Budaya Muhamed Juhari Shaarani pada sidang media "Untuk Mu Loloq" di Istana Budaya, Khamis.

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Global Network Entertainment, Den Wahab menganggap isu kumpulan Spider tidak berpuas hati dengan bayaran yang diberikan kepada mereka sempena konsert tribute Untukmu Loloq adalah isu yang tidak munasabah.

Menurut Den, kedua-dua pihak telah bersetuju dengan bayaran yang telah ditetapkan untuk konsert tersebut yang bakal berlangsung dari 22 hingga 24 April ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

"Saya terkejut apabila isu ini timbul kerana bagi saya, soal bayaran, kedua-dua pihak telah bersetuju.

"Pihak penerbit telah meletakkan sejumlah harga dan atas rundingan Spider, kami menambah 20 peratus lagi daripada harga asal. Perkara itu juga dipersetujui oleh mereka," katanya pada sidang media majlis berkenaan di Istana Budaya, Khamis.

Den diminta mengulas dakwaan kumpulan Spider tidak berpuas hati terhadap bayaran yang ditawarkan Global Network Entertainment untuk konsert berkenaan.

Jelas Den, kumpulan Spider telah pun menerima wang pendahuluan iaitu sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bayaran untuk mereka.

"Mereka juga sudah menandatangani kontrak untuk konsert itu selain berasa teruja untuk membuat persembahan bagi mengingati arwah Loloq,” katanya.

Tambah Den, konsert tersebut dianjurkan bukan untuk mengaut keuntungan tetapi sebagai hadiah dan penghargaan kepada Allahyarham yang banyak memberi sumbangan dalam bidang seni.

"Kami bukan mahu mencari keuntungan tetapi kalau dah balik modal pun sudah cukup. Apa yang penting sebahagiannya wang yang diperoleh akan disalurkan kepada keluarga Allahyarham," ujarnya.

Selain Spider, beberapa artis popular tanah air seperti M.Nasir, Ella, Ramli Sarip dan Hasnol Rahmat akan menjayakan konsert tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan