'Mata Ayer' Legenda Sedih Kematian Melati

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zamarul Hisham dan Azza (Elite)membintangi 'Mata Ayer' menerusi slot Legenda di TV3.
Zamarul Hisham dan Azza (Elite)membintangi 'Mata Ayer' menerusi slot Legenda di TV3.

PETALING JAYA: TV3 menerusi slot Legenda memperkenalkan drama bersiri terbaru iaitu Mata Ayer yang mula disiarkan pada Isnin lalu.

Drama 20 episod terbitan Zeel Production itu menemui penonton pada setiap Isnin hingga Khamis selama sejam bermula pukul 4 petang.

Drama yang mengambil alih siri Kemboja Puteh itu membariskan pelakon-pelakon terkenal antaranya Zamarul Hisham, Azza (Elite), Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah.

Turut berlakon Hairi (Anak Wayang), Sharifah Shakinah, Norlia Ghani, Zain Saidin serta pendatang baru Syaff Shamim, Redza Hasbi dan Nur Hirzi.

Berlatarbelakangkan sebuah kampung di Perlis, ia mengisahkan bagaimana penduduk kampung masih mempercayai perubatan tradisional daripada Tok Ipin (Zamarul Hisham) sekiranya mempunyai masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus.

Kehebatan Tok Ipin disegani dan disanjung oleh penduduk kampung.

Bagaimanapun Tok Ipin mula berasa tercabar dengan wujudnya sebuah klinik desa kerana ia telah menjejaskan pendapatannya sebagai sorang bomoh dan pengamal ilmu hitam.

Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah legenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin.

Punca mata air dikaitkan dengan legenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya sehingga kini.

Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus.

Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air daripada mata air itu untuk perubatan tradisional.

Kehadiran Ustaz Akhbar (lakonan Hairi Anak Wayang) telah mencabar kredibiliti Tok Ipin sehingga dia memasang pelbagai muslihat untuk terus kekal berpengaruh selain mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung tersebut.

Lebih menarik, drama ini turut menampilkan single terbaru Farawahida, Jangan Tanya Aku Lagi sebagai lagu tema yang dijangka popular.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan