'Kereta Dibeli Scha Guna Duit Sendiri' - Awal

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awal Ashaari
Awal Ashaari

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menjelaskan kereta mewah jenis Audi Q5 yang bernilai lebih RM300,000 dibeli sendiri oleh kekasihnya, Scha Al-Yahya.

Awal berkata, dia tidak mampu memberikan kereta itu sebagai hadiah untuk seorang kekasih kerana harganya yang mahal.

"Saya tidak mampu menghadiahkan sebuah kereta mewah seperti itu. Hal ini hanyalah spekulasi semata-mata dan ia tidak patut diperbesarkan kerana boleh membahayakan diri Scha sendiri.

"Dalam masa yang sama ia menunjukkan saya seorang pelakon yang hidup senang sedangkan rasanya, Scha lebih berkemampuan daripada saya. Saya harap penjelasan ini dapat menutup spekulasi yang dilemparkan," katanya yang ditemui di sidang akhbar Tiger Futbol Starz musim kedua di Restoran Ecoba, PJ Trade Center, di sini, Rabu.

Awal membuat penjelasan tersebut berikutan tersiarnya gosip di sebuah akhbar tabloid harian yang mengatakan Scha menerima sebuah kereta Audi Q5 yang diberikan oleh Awal sebagai hadiah dengan menggunakan nombor pendaftaran empat digit.

Bagaimanapun, jelas Awal lagi, Scha sedikit terkilan apabila laporan gosip berkenaan turut menyiarkan nombor plat kereta tersebut.

"Dia agak marah kerana nombor plat disiarkan. Saya faham perasaannya kerana paparan nombor plat itu seperti kita memaparkan nombor telefon kepada umum.

"Maklumlah, sekarang ini macam-macam perkara buruk boleh terjadi dan spekulasi ini boleh membahayakan Scha. Manalah tahu kalau ada yang mengekorinya daripada belakang kereta tanpa sedar.

"Lagipun siapa yang tidak sakit hati apabila sesebuah benda itu dibeli hasil daripada titik peluh sendiri yang kemudiannya disensasikan?” ujarnya

Sementara itu, kata Awal, dia sedang merancang untuk berkahwin dengan Scha pada tahun ini atau pada tahun depan.

"Setakat ini ada perancangan untuk mempercepatkan perkahwinan kami. Tetapi buat masa ini, jadual kami agak padat dengan karier masing-masing.

"Tambah pula, kedua-dua belah keluarga mahu ikatan perkahwinan ini mengikut adat. Pastinya ia mengambil sedikit masa," tuturnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan