6ixth Sense Kutip RM3 Juta Melalui Muat Turun Lagu

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

6ixth Sense meraikan peminat, rakan media dan wakil syarikat rakaman Universal Music dalam satu majlis di Shazana Pau Shop & Cafe di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Selasa. - Foto SHAARI CHE MAT
6ixth Sense meraikan peminat, rakan media dan wakil syarikat rakaman Universal Music dalam satu majlis di Shazana Pau Shop & Cafe di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Selasa. - Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Kumpulan 6ixth Sense berjaya menjual lagu-lagu dalam album Tambah Tolak Darab Bahagi secara digital di mana sebanyak 1 juta lagu telah dimuat turun.

Menurut vokalisnya, Adi Priyo Sambodo, 27, setiap lagu dijual pada harga RM3 dan dianggarkan lebih RM3 juta berjaya dikutip hasil jualan muat turun lagu daripada album tersebut.

Selain Adi, kumpulan yang popular dengan lagu Tanpa, Menyesal, Khatimah Cinta dan Hari Ini Dan Semalam itu turut dianggotai oleh Mohd Faiz Azizi Arlis (Gjie-gitar utama), Shahrul Effendy Sha’ri (gitar kedua), Muhammad Fairos Ramli (Ayoy-bass) dan Mohamad Safwan Hasnan (Wan-drum)

Malah kemenangan sebagai Artis Mobile Terbanyak di Shout Awards 2010 menerusi lagu Tanpa dan Artis Mobile Popular 2010 di Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 seolah-olah membuktikan tentang kejayaan muat turun lagu mereka.

Bukan itu sahaja, anugerah Artis Duo/ Berkumpulan Popular di ABP 2010 yang dimenangi 6ixth Sense baru-baru ini juga menunjukkan mereka semakin mendapat tumpuan ramai.

“Kami bersyukur dengan kejayaan sebelum ini dan rasanya belum terlambat untuk menerima anugerah atas ‘tiket’ popular selepas enam tahun berada dalam industri seni.

“Sebolehnya, kami tidak mahu terlalu cepat ‘naik’ kerana bimbang akan cepat ‘jatuh’ kemudian hari. Kalau boleh, kami nak kekal diminati disebabkan karya-karya yang dihasilkan oleh 6ixth Sense.

“Kami rasa kelainan muzik gabungan dari dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia yang menjadi kelebihan untuk peminat,” ujar Adi dan Gjie dalam satu sidang media ketika majlis kesyukuran 6ixth Sense yang julung kali diadakan oleh kumpulan itu.

Majlis sempena meraikan kejayaan kumpulan tersebut di ABP 2010 yang lalu diadakan di restoran Shazana Pau Shop & Café di Wisma Yayasan Terengganu, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, di sini, Selasa.

Bercerita tentang impian lain 6ixth Sense, mereka ingin berduet dengan penyanyi Ramli Sarip, M. Nasir atau Mas Idayu. Selain itu, mereka teringin untuk melakukan konsert untuk peminat.

“Kami juga akan membikin semula album Tambah Tolak Darab Bahagi dengan menambah lagu popular berjudul Asmara,” kata Adi.

Kumpulan tersebut juga banyak menerima permintaan untuk menggubah lagu artis tempatan seperti Farawahida, Alyah, Mimi Haris dan Cat (Mentor).

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan