Sitkom Time FM Kembali Ke Era 80-an

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon Sitkom Time FM
Barisan pelakon Sitkom Time FM

PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 bakal membawakan sebuah sebuah sitkom berjudul Time FM bermula 28 April, pukul 11 malam.

Sitkom dalam Bahasa Mandarin itu akan membawa penonton mengimbas kembali zaman 1980-an sehinggalah 1997 dengan mengunakan mesin masa.

Dalam pada itu, sitkom 13 episod ini juga akan membawa penonton mengimbau semula peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Menurut pengarah Time FM, Felix Tan, pihak produksi mengambil masa sebulan untuk membuat beberapa kajian tentang rancangan itu.

“Bagi menjadikan ia lebih realistik, kami telah membuat kajian terlebih dahulu bagi mengetahui pengalaman sebanar ketika itu.

“Dalam pada itu, penerbit juga telah mencurahkan banyak usaha untuk menghidupkan suasana zaman itu, termasuk dari segi pemakaian sehingga stail rambut,” katanya.

Sitkom ini mengisahkan Ke Jun-Xiong kembali ke zaman 80-an sebagai penyampai radio Time FM.

Bagaimanapun, kehadiran Ke Jun- Xiong menambahkan kerumitan hubungan sesama penyampai radio dengan pekerja lain di stesen itu.

Pengarah Hua dan Lucky juga menambah kelucuan sitkom ini apabila hubungan cinta mereka menjadi perhatian orang ramai.

Sementara itu, Xia Lei Meng yang sering menganggap dirinya ratu stesen juga tampil dengan aksi lucu apabila sering menggoda ketuanya.

Dalam pada itu, sitkom ini turut menyelitkan pelbagai peristiwa penting negara berlaku ketika itu, seperti perlantikkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, pelancaran kereta nasional yang pertama, pengenalan sistem 3M dan pembinaan jambatan Pulau Pinang.

Sitkom ini dibarisi pelakon-pelakon hebat iaitu Melvin Sia dan Yeo Yann Yann yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dalam Golden Awards.

Pemenang anugerah Asian Film Award, Jane Ng, Alvin Wong, Jan Chin, Ken Tan dan Adrian Tan turut berlakon.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan