'Footprints In The Sand' Di Ntv7

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para pelakon Footprints In The Sand.
Para pelakon Footprints In The Sand.

PETALING JAYA: Footprints in the Sand bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 19 April ini, pukul 10 malam di ntv7.

Drama 30 episod tersebut mengisahkan liku-liku kehidupan Yan Li, seorang gadis cerdik yang dibesarkan dalam pelbagai situasi kehidupan yang begitu mencabar mulai tahun 1970-an sehinggalah 2010.

Dibarisi gabungan pelakon yang mantap, Footprints in the Sands terdiri daripada pemenang Golden Awards, iaitu Ernest Chong (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan Seck Fook Yee (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).

Pelakon lain yang juga menjayakan drama ini ialah Crystal Lee, Mayjune Tan, Monday Kang, Leslie Chai, Jordan Voon, Elvis Chin, dan Eric Chen.

Footprints in the Sand bermula dengan babak Yan Li (dilakonkan oleh Crystal Lee ketika zaman kanak-kanak) yang sedang bersembunyi di sebuah kilang kasut setelah melarikan diri daripada bapanya, iaitu seorang kaki judi, yang berniat untuk menjual Yan Li ke rumah pelacuran semata-mata untuk membayar hutang.

Tang Yu Mei (lakonan Seck Fook Yee), seorang janda dan pemilik kilang kasut, amat mengasihani tragedi yang menimpa Yan Li lalu mengambilnya sebagai anak angkat.

Yu Mei berasa amat tersentuh melihat betapa kuatnya azam Yan Li berusaha dalam hidupnya untuk berdikari dan berharap agar anak tunggalnya, Yan Yi Ren (lakonan James Ng ketika zaman kanak-kanak) akan mengikuti jejak langkah Yan Li suatu hari nanti.

Percaya bahawa Yan Li berpotensi besar dalam dunia perniagaan, Yu Mei menyerahkan Yan Li kepada rakan karibnya Dai Sheng, untuk membimbingnya.

Disebabkan itu, Yan Li terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan, tanpa menyedari dirinya sedang dilatih untuk mengambil alih perniagaan Yu Mei.

Apabila Yan Li mencecah umur 16 tahun (kini dilakonkan oleh Mayjune) dia telah menjadi seorang yang lebih kuat dari segi perwatakan dan pendiriannya.

Walaupun bersifat sedemikian, ramai jejaka terpikat dengan Yan Li.

Malangnya, ibu angkat Yan Li jatuh sakit dan dia dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih kilang kasut itu walaupun usianya masih muda.

Sifat kepimpinan dan kebijaksanaannya dalam memajukan perniagaan ini diuji apabila pekerja-pekerja lama tidak ingin mengikuti arahannya.

Lebih merumitkan lagi, mentor Yan Li yang selama ini membimbingnya, iaitu Dai Sheng (lakonan Wang Jun), berniat untuk mengambil alih kilang itu.

Apabila harapan Yan Li untuk berjaya makin pudar, anak tunggal Dai Sheng, iaitu Dai Jing Zhou (lakonan Ernest Chong) yang merupakan seorang kurang upaya, bertindak untuk membantu kepada Yan Li.

Jing Zhou yang pemalu dan pendiam sebenarnya memendam perasaan terhadap Yan Li. Berkat keberanian yang ada, dia membuat keputusan untuk meluahkan perasaan terhadap gadis idamannya ini.

Memasuki tahun 2010, perniagaan kilang kasut Yu Mei kini telah berkembang dan dia menjadi pengedar kasut yang disegani.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan