Maya Karin Rancang Terbit Filem

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maya Karin memang seorang yang cerewet dan memilih dalam bab lakonan. - Foto AZLINA ABDULLAH
Maya Karin memang seorang yang cerewet dan memilih dalam bab lakonan. - Foto AZLINA ABDULLAH

PEMILIK nama Maya Karin Roelcke bukan calang-calang orangnya. Seorang pelakon yang sangat profesional dan komited, Maya agak serius apabila membicarakan tentang hal karier.

Rasanya, semua orang tahu, anak kacukan Melayu Jerman ini bukanlah seorang pelakon yang mengejar atau membolot tawaran di depan mata hanya untuk meraih populariti dengan pantas.

Sebaliknya, selagi sesebuah tawaran filem yang hadir tidak mencapai tahap kualiti yang diinginkan, jangan haraplah dia akan berlakon, walaupun ditawarkan sejumlah wang yang besar.

Justeru itu, Maya tidak mempunyai banyak tawaran berlakon dalam filem seperti pelakon-pelakon lain. Paling kurang pun satu atau dua tawaran sahaja untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun, itulah yang menunjukkan nilai eksklusif terhadap si jelita ini kerana hanya memilih kualiti berbanding kuantiti.

Akui Maya, dia memang seorang yang cerewet dan memilih dalam bab lakonan. Biarlah tidak ada filem langsung daripada filem yang dilakonkannya itu nanti tiada matlamat apabila ditonton.

“Kalau nak diikutkan saya hanya mahu berlakon filem setahun sekali sahaja kerana ingin memberi fokus dalam sesebuah projek filem tersebut sehinggalah ke promosi.

“Lagipun tidak banyak tawaran yang mempunyai skrip yang bagus. Sayang sekali, walaupun sekarang ini semakin banyak filem muncul di panggung, masih ada lagi penerbit yang memandang ringan tentang penerbitan filem di mana filem itu dilihat seperti sebuah drama sahaja.

“Mereka tidak bersungguh-sungguh dan main-main tentang filem, lebih-lebih lagi penerbit yang baru berkecimpung dalam industri ini.

“Saya harap mereka menghormati industri filem kita dan jaga kualiti bagi setiap filem yang dihasilkan,” katanya.

Tambah Maya, dia juga turut berhasrat untuk menerbitkan sebuah filem tetapi ia masih lagi dalam perancangan.

“Memang perkara itu (menerbitkan filem) ada terlintas dalam fikiran saya dan ia masih lagi dirancang.

“Cuma hasrat saya hanya mahu membuat yang terbaik dalam setiap lakonan saya,” ujarnya tersenyum.

Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun ini sibuk dengan penggambaran filem Legenda Budak Setan 2 (LBS2), arahan Sharad Sharan.

Menariknya, jika penonton melihat Maya dengan watak ‘gila-gila’ Luna berambut panjang dalam filem Cun, kali ini, Maya membawakan watak Katrina, wanita sofistikated, yang menjadi cinta kedua kepada Qasha (lakonan Farid Kamil) dengan gaya rambut pendek.

“Untuk menghayati filem ini, saya telah pun membaca ketiga-tiga siri LBS (ditulis oleh Ahadiat Akashah) untuk menghayati watak Katrina. Bagaimanapun, Katrina muncul pada siri kedua.

“Dalam watak ini saya perlu banyak bermain emosi di mana Katrina adalah seorang wanita moden yang serius dan keras hati kerana telah melalui keperitan bercinta sebanyak dua kali,” ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan