Kisah Cinta Himpun 46 Lagu Popular

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMUNCULAN bingkisan album kompilasi, Kisah Cinta, pasti membuka mata buat penggemar lagu-lagu cinta kerana ia merangkumi lagu-lagu cinta terbaik sepanjang 30 tahun bermula dengan tahun 1980-an hinggalah yang terkini.

Album yang diedarkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia Sdn Bhd ini menghimpunkan sebanyak 46 buah lagu cinta malar segar gabungan daripada lagu-lagu koleski Warner Music, EMI Malaysia, Sony Music , Universal, NSR dan Music Valley di mana ia pernah menduduki kedudukan teratas dalam carta-carta lagu popular suatu ketika dahulu.

Menariknya, Kisah Cinta bukan seperti album-album kompilasi lain yang hanya tertumpu kepada satu konsep sahaja sebaliknya ia menggabungkan lagu-lagu hits berbentuk balada dan pop rock.

Tidak salah jika album ini dianggap sebagai sebuah produk album kompilasi Melayu terunggul buat masa ini (2011).

Pada pendapat OopStarz! album ini juga boleh dijadikan sebagai album mesti beli kerana ia sudah semestinya mengimbas kembali kenangan zaman kegemilangan lagu-lagu cinta kegilaan ramai yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi yang seperti Alleycats, Ziana Zain, Ella, Slam, Jamal Abdillah, Khadijah Ibrahim, Flybaits, Ning Baizura dan Black Dog Bone.

Dalam pada itu, Kisah Cinta sesuai untuk semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi lagu yang terkandung dalam album tersebut menjanjikan kepuasan maksima dan ia pastinya tidak bosan untuk didengar banyak kali.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Biarlah Rahsia (Datuk Siti Nurhaliza), Janji Manismu (Aishah), Pada Syurga Di Wajahmu (Nash), Terasing (Allahyarham Datuk Sudirman Arshad), Di Sana Menunggu Di Sini Menanti (Ukay), Madah Berhelah (Ziana Zain), Sentuhan Kecundang (Ekamatra), Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah), Menaruh Harapan (Zaiton Sameon), Gerimis Mengundang (Slam), Dia (Fauziah Latif) dan Ramalanku Benar Belaka (Umbrella).

Selain itu, album tersebut turut memasukkan kod nada bunyi (Caller Ringtone) bagi lagu Biarlah Rahsia nyanyian Siti Nurhaliza.

Sementara itu, koleksi lagu-lagu bukan sahaja menjadi keutamaan, malah bungkusan album dengan didatangkan kepada tiga keping cakera padat (CD) berserta ilustrasi kulit album yang segar dan penuh nostalgik.

Lebih istimewa album ini menawarkan harga yang sangat berpatutan dan ia mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja dengan harga RM29.90.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan